Monday 29 December 2014

Ujian banjir .

Bismillah.
Assalamualaikum

Readers,
Bila skali aku dah dapat petunjuk seperti seindah namaku (hidayah) maka inshaaAllah rasa rajin untuk memenuhi ruangan ni dengan pelbagai cerita dan resipi hidup umpamanya aku macam opah yang hidup aboutt 70++ . ceh akan berlarutan sebelom aku masok memgaji balik a weeks from dis date. Btw, aku ada dapat info tadi yang bebudak skolah ni akan dapat seminggu cuti tambahan. Malaysian, jgan lupa terus sumbangkan apa yang termampu and the most important gunakan senjata anda, doa !

So, ipg aku pon mcam ada harapan untuk extend cuti lagi seminggu kot memandangkan banjir yang belum pulih. Sahabat senior junior yang terlibat, aku doakan kalian baik baik sahaja. Amin ! Berikutan cuti tu aku gerenti mesti kene ganti balik setiap kuliah yang termiss tu. Maka cuti hari sabtu akan dikira burn sama sekali. Tapi bagi aku no hal lah, mmg pegi sana nak mengaji.. So what de matter bro ?

Readers, aku sebenarnya tak pernah langsung terlibat dengan banjir ni. Hujan dari pagi sampai malam tu pernah lah.. Sejuk bukan mainn lagi macam feeling dkat ovesi pakai baju tebal berstokin siap. Tunggu asap je tak keluar dari mulut..kalau tak memang mcm winter season kat landen aust and yang sama waktu dengannya.Alhamdulillah syukur .

Tengok berita habis rumah tenggelam ada yang kematian, mashaAllah sedih rasa ! Cannot imagine kalau aku kat situ. Allah Allah . Semoga Allah bagi kekuatan untuk semua mangsa banjir yang terlibat untuk hadapi ujian ini. Ujian menguji kesabaran. Kesabaran membuahkan keimanan.. InshaaAllah..

Sekian . wassalam.

Sunday 28 December 2014

mak abah syurga dunia aku .

bismillah .

setelah sekian lama menyepi dari menyusun aksara bermadah kata kata indah , maka hari ini Allah bagi mood rajin untuk hapdet dakwat-habis (blog aku) dan semoga rajin ini akan berkekalan hendaknya dalam segala jua perkara dalam hidup aku ini. Amin ! Ok.

apa lah mimpi konon dah berbulan bulan berdiam, hari ni muncul ? 
--> sebermula ini adalah blog aku, maka it's up to me la kan nak hadpet anytime aku nak.
--> act, cuti cuti sem ni lah baru sempat nak baca blog kawan kawan pasal live update dorang , maka aku pon jua nak hapdet la konon.

reader,
as what we know, 2014 ada beberapa hari ja lagi nak melabuhkan tirai tapi tidak dibawak bersama kenangan dan cerita cerita pahit manis duka suka over the year. cuma tahun berganti tahun. well lumrah lah kan.

i'm here not for sharing all my momentss untuk sepanjang tahun ni, tapi eloknya mai la sama sama aku kita refleksi sikit . ustaz ustazah suka sebut muhasabah diri sebelum masuk tahun baru 2015 biiznillah . geng, takkan nak bawak hati yang bengkak berdarah terluka sana sini masuk tahun baru kot . jomm sama sama aku kita baiki diri cuci hati buang semua ego hasad bongkak diri yang tengah baik punya landing dalam qolbu kita ni. kita ? ka aku sorang ?

dalam cuti cuti sem yang berbaki ada la dalam seminggu 7 hari ni, sedih pulak nak tinggal rumah walaupon rasa best tu ada sebab sem 2 nak mula. sedih bukan apa, mak abah jauh dimata . tu jaa . tadi aku ada bukak moment wechat tupp tupp ada lah satu momenn ni pasal mak ayah.. kena pulak masa tu aku memang tengah feeling feeling sedih cuti dah nak habis.

"dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya"
(luqman:14)

ya robbi , mungkin sisa sisa cuti ni Allah nak tegur supaya memaksimumkan tenaga masa peluang dan detik ketika yang ada ini untuk bantu mak abah kat rumah..apa-apa yang termampu.. inshaaAllah .. tenkiu Allah .

readers,
sayangi berbakti dan doakan syurga dunia kita. mak abah <3 .

nnt rajin aku update lagi . barakallah .

Sunday 22 December 2013

iya iya ooo... mamaamamamma makkkk

bismillah . 
assalamualaikum.

ntah dari mna semangat ini datang pon aku tak tau . yang pasti rasa untuk menulis di blogg ini membuak-buak bagai gunung berapi yang tunggu masa untuk memuntahkan lava lava dan seisinya . sedikit pembohongan di situ ya tuan tuan puan puan .

tahukah anda apa itu senggugut ? yesss ! exactly . sakit orang pompuan... kalau nak dengar bahasa yang berlapik lagi bertingkat-tingkat sebutlah sakit orang perempuan . yang pernah merasa tahniah dan takziah . tahniah lah sebab bukan smua boleh rasa sakit yang sesakitnya itu dan takziah kerana aku tahu bagaimana rasa sakit itu . allahurobbi ! jangan sempitkan fikiran dengan berasa malu untuk menerangkan perihal sakitnya senggugut ini .

apa yang pasti , aku bukan lah doktor apalagi speacialist yang nak menerangkan A tooo Z pasal sakit ini . cumanya , aku anggap sakit ini satu wadah untuk allah sedarkan aku betapa sakitnya mak aku nak lahirkan aku satu masa dulu.. tsskk..tsskk.. many people said that senggugut only 10% thannn sakit nak beranak . allahhurobbi . sanggopkah nak malawan cakap mak ? sanggopkah ? jangan bercakap lebat di sini ya wahai diri !

betapa banyak bekas bekas luka yang tergores di hati nurani milik ibu . bukan sahaja dengan kerenah seorang anak tapii macam macam fee'l anak yang sulung tengah bongsu acik along angah dan boboii serta baby . tapi sakit itu cepat cepat ja mak sembuhkan . aku pasti mak mesti selalu pesan pada diri, sabarlah wahai hati,anak anak kurniaan illahi .

sat . aku touching . lap ayaq mata sat .

hari berganti hari . dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan sekarang unibersiti . makin hari makin jauh. allah . tahun baru masihi aku berazam pada diri untuk tidak mahu lagi menggores hati kecil ibu . andai itu berlaku juga biarlah aku yang menjadi specialist merawat hati kecil itu sehingga sembuh . allah permudahkan aku . 

makkk ,engkau kurniaan teristimewa ciptaan Illahi . 

jom nasyidd =)

say alhamdulillah , thank you Allah , thank you Allah for my mother . 

1-1-14 .register to ipg. that's why lah aku menghapdet keberatan hati nak berjauhan dari mak abahh :'(

Tuesday 26 November 2013

menegur jangan sampai menghina

bismillah .assalamualaikum.

lagi sekali ambe muncul untuk menghidupkan semula dakwat-habis nih . kesian bah sudah lama kena kasi tinggal. act, aku baru lepas stalk fesbuk . blog . twitter sahabat2x sekolah mnengah dulu . apa kah maksud perbuatan-perbuatan itu ? stalk tanda rindu .. hu..hu..hu.. at the same time dapat lah jugak topup ilmu mana yang patot . jauh dmata dekat dhati. x gitu ?

tadi . sedang aku dok cuci pinggan mangkok untuk manifestasikan kerajinan aku nih , maka aku ternampak sekor tikus dicelah-celah daun di rumah jiran depan rumah aku . aku nampak tikus tu macam takut-takut ja nak keluar dari rumput tu. mungkin dya nak makan nasi briyani yang kena tabur oleh jiran aku yang pemurah kot . kot lah !

tak semena-mena aku terpikiaq . kenapa tikus tu tak dilayan macam hamster haa ? hamster a.k.a tikus belanda tu yang kena letak dlam sangkar ada debu-debu..benda bulat yang berpusing-pusing dan rumah kecil dalam sangkar tu. kenai yang mana ? teringat pulak hamster yang kawan aku bela..comel tapi kecomelan itu hilang serta merta bila hamster tuu keennncchhinnngggg atas tngan aku .. eeuuu...nasib laa cepat aku bagi balik dkat tuan dya..kalau tak memang kena penyet lahh hamster tu sebab besaq dya muat-muat tangan aku ja. tapi takdenye aku nak buat macam tu der ! x sanggop menjadi pembunuh . astaghfirullah.

yang jadi persoalan kenapa masa orang lain pegang dya tak buat perangai yang tak semenggah tu.. tapi bila turn aku nak tunjukkan kasih sayang terhadap seekor binatang yang dipanggil hamster tu dya membuat onar 
 pulak . hoihh .. fobia..fobiaa,,! andai itu takdirnya !! aku redha .. he..he..he..

back to the main topic , kenapa tikus tak dilayan macam tikus belanda tu ? ada kah memang fitrah atau kita manusia yang memilih untuk tidak membela tikus yang biasa tu .. siap ada perangkap lagi untuk tangkap tikus yang biasa tu .? adakah kita akan dikata kurang siuman atau biuulll kalau bela tikus yang biasa tu ? tapi kann kalau aku pon aku tak lalu nak bela tikus tu. ha.ha.ha. dah tu tanya lagi ?

last-last aku pon jawab sendiri soalan yang aku tanya dekat diri aku tadi dengan membuat satu perbandingan bukan ilmiah . lasak lah asal aku rasa senang hati .. orang kata .. orang lain lah aku dengar ja..kucing itu spesies harimau ? hakk alohhh .. ntah crit dongeng mana aku kutip nih .. he..he..he..habis tu kenapa tak dibela ja harimau bagi menggantikan kucing ? deyy ..porrrahhh .. apa pnya soalan la ?

what i mean here is .. x perlu kot suka nak mempersoalkan apa yang tak perlu kita soal . kadang-kadang benda yang kita tanya tu makan diri kita balik ja . 

"kenapa dia pakai tudung labuh,berjubah bagai..purdah lagi tu..tapi mulut macam hapa lagi ?"

"kenapa orang tu slalu pergi surau , siap pakai kopiah lagi tapi sombong ?"

 yaa ... itulah fenomenanya . muslimin dan muslimat yang dikasihi , siapa kita untuk "mengomplain" a.k.a  mengkritik orang lain .?  menegur itu lain . menghina itu lain . lagi menghanginkan apabila kita menghina tanpa bagitahu mana cara yang sebetulnya .! tak adil lah kan ? lepas puas kita semburr hinaan-hinaan berbisa lagi pedas berapii itu , kita terus pergi tanpa bagitahu apa yang sepatutnya di buat supaya jadi lebih baik . itu tidak adil yang arif . tidak adil !

sebab itu ambe nak pesan apabila kita menegur jangan sampai teguran itu bertukar menjadi hinaan . ada paheemm ? tegur baik baik . kalau tak makan samann jugak . redha je lah . as long kita dah buat apa yang kita kena buat , tu pon dah cukup baik . fitrah manusia itu cinta kepada kebaikan . inshaAllah nnt dya kembali lah kepada fitrah tu semula . banyak berdoa .

lagi sakit hati dengar kalau dengar ada suara-suara hasil godaan syaitoonnn yang cakap lebih baik tak payah pakai tudung kalau mulut tak reti jaga . yng nih paling krikk..krikk .. sangat tak patot . deyyy .. spa kata tak payah pakai tudung lebih baik ? janganlah kau ajak dya buat dosa buka tudung pulak bila kau sakit hati dengan mulut dya . kalau sakit hati dengan mulut dya tak payah nak hina dari anggota kepala sampai hjung jari kaki dya . tak adil , itu tak adil namanya .!

selalu lah pesan dkat diri , mungkin orang yang pakai tudung tu , pakai kopiah tu , rajin solat smua tuu.. Allah nak uji diorang . adakah smakin bnyak amalan tu dkatkan dorang dengan tuhan atau sebaliknya .. itu bukan kerja kita nak hina bagai. tak salah tegur .tapi lagi skali saya ulang menegur jangan sampai menghina . boleh ?

ntah apa apa lah aku nih kan ? dari cerita tikus hamster masuk sikit kucing dan harimau ..tup tup sekelip mata masuk bab menegur menghina nih ? memang takda kohesi koheren langsung . apa pon semua ini peringatan untuk diri aku sebenarnya . takpayah nak bajet bagoslah ye wahai diri . 

meh layan quotes nih .

jazakallah .

Saturday 23 November 2013

sekian lama..akhirnya terhapdet jugak !

awal bicara madah BISMILLAH.

assalamualaikum .

sekian lama ambe tak menghapdet blog terchenta ini . alasan apa lagi aku nak bagi , semestilah kekangan masa yang slalu menghambat-hambat aku selagi bergelar manusia yang x pandai nak arrange masa , =..=.
btw, pensyarah aku slalu pesan jangan nak salahkan masa sebab Allah bagi masa tu cukup ja setiap orang .

selak sikit nota CintaNya..dalam surah al-asr .."demi masa ,sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan meraka yang beriman dan beramal soleh,serta mereka yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran".. nampak dak ? tersentap nya ambe kerana tergolong dalam merekayang kerugian itu.

baiklah , dapat mimpi apakah aku sehingga aku rajin nak menghapdet blog nih ? *kriikk..krikk..bukan der ! aku mendapat satu kekuatan untuk sign in ke gmail lalu menaip blogger.com dan seterusnya merepek-merepek dalam bloggg nihhh setelah membaca blog-blog sahabat aku yang lain..yeeeaahhh di situ punca kekuatan ambe. lagi pon aku seperti princess tidak berkakak tiri di rumah sementara menunggu tamatnya cuti sem. tak salah ambe nak berkata soal hidup, berbicara soal hati . chhooiii ..sapa nak dengaq haa ?

alhamdulillah,,sebagai rakyat Malaysia kita sedia maklum yang sekarang nih musimm eesspiyyem .! mak aihh gediknya . nak sebot SPM pon macam tuh.perlu kah ? maafkan ambe yer . haa kita semua tau skarang musim SPM,maka sudah pastilah moment2x indah semasa spm dulu tuu menerjah benak pikiran ambe ni..setahun berlalu..sungguh pantas..tsskk...tsskk.. maka dengan itu sudah habis lah jugak pengajian aku kat IPG untuk satu sem., ya Allah..masih berbaki 4 tahun ya tuan dan puan ..haha! macam zaman sekolah pulokk.

apa motif aku membebel hampir setengah page foolscape paper nih kalau nak compare atas kertaslah ! jawapannya saja . aku nak tengok sejauh mana bakat penulisan kreatif aku setakat nih :3 .. deyyy ! baik kau log out sekarang ...!! rilex..rilex jangan marah naihh ! aku bukannya apa, cuti cuti takdak benda nak buat sedang belambak kerja yang kena buat tapi aku tak buat..maka di sinilah aku berkongsi cerita.

berada kat tempat baru dengan geng-geng baru membuatkan aku banyak-banyak kali teringat kwan2x lama..serious talk ! terutama saat saat genting..e:g tengah sakit..tengah demam..tengah ada masalah..tengah sakit hati..tengah-tengah hari dan seterusnya tengah tengah malam..heh ! masa susah jaa hengat ? time senang kau lupa diri eh ? eeuu ! dasarr kwan apa lahh macamnih .. kihkihkih..

ok..rileks smua..jgan nak sentap sngatlahh ! aku slalu ja ingat hangpa smua ..! untuk pertama kalinya aku bergaul dengan orang2x yang berlainan agama..bukan sebelum nih tak pernah cuma nya sekarang aku berkomuniti dengan mereka . really amazingg untuk orang yang 1st time macam aku nih.. yo lar mcam2x soalan yang bagi aku comel sungguh bunyi pertanyaan itu kalau didengar.

"boleh tak kalau kamu puasa jugak walaupun kamu tak boleh puasa bulan puasa tu ? nanti tak payah ganti dah ..?"

"eh kenapa kalau kamu nak keluar kamu pakai stokin ?"

brother and sister,soalan tu nampak biasa tapi ntoh aku rasa lucu kot.setiap kali ditanya mesti rasa nak tegelak. tapi aku respect kwan2x non-muslim aku kat sini. they are really really respect Islam here . masa azan kalau tengah pasang lagu ke hape ke..dorang perlahankan..bercakap-cakap pon tak .. kalau lambat solat sikit dorang tanya lah.."dah solat ke belum?"...alhamdulillah.. harapnya kekal lah sampai aku garduate dari sana nanti..

okeyh . cukup dulu sampai sini . nanti aku sambung lagi .. jazakallah .