Saturday 23 November 2013

sekian lama..akhirnya terhapdet jugak !

awal bicara madah BISMILLAH.

assalamualaikum .

sekian lama ambe tak menghapdet blog terchenta ini . alasan apa lagi aku nak bagi , semestilah kekangan masa yang slalu menghambat-hambat aku selagi bergelar manusia yang x pandai nak arrange masa , =..=.
btw, pensyarah aku slalu pesan jangan nak salahkan masa sebab Allah bagi masa tu cukup ja setiap orang .

selak sikit nota CintaNya..dalam surah al-asr .."demi masa ,sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan meraka yang beriman dan beramal soleh,serta mereka yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran".. nampak dak ? tersentap nya ambe kerana tergolong dalam merekayang kerugian itu.

baiklah , dapat mimpi apakah aku sehingga aku rajin nak menghapdet blog nih ? *kriikk..krikk..bukan der ! aku mendapat satu kekuatan untuk sign in ke gmail lalu menaip blogger.com dan seterusnya merepek-merepek dalam bloggg nihhh setelah membaca blog-blog sahabat aku yang lain..yeeeaahhh di situ punca kekuatan ambe. lagi pon aku seperti princess tidak berkakak tiri di rumah sementara menunggu tamatnya cuti sem. tak salah ambe nak berkata soal hidup, berbicara soal hati . chhooiii ..sapa nak dengaq haa ?

alhamdulillah,,sebagai rakyat Malaysia kita sedia maklum yang sekarang nih musimm eesspiyyem .! mak aihh gediknya . nak sebot SPM pon macam tuh.perlu kah ? maafkan ambe yer . haa kita semua tau skarang musim SPM,maka sudah pastilah moment2x indah semasa spm dulu tuu menerjah benak pikiran ambe ni..setahun berlalu..sungguh pantas..tsskk...tsskk.. maka dengan itu sudah habis lah jugak pengajian aku kat IPG untuk satu sem., ya Allah..masih berbaki 4 tahun ya tuan dan puan ..haha! macam zaman sekolah pulokk.

apa motif aku membebel hampir setengah page foolscape paper nih kalau nak compare atas kertaslah ! jawapannya saja . aku nak tengok sejauh mana bakat penulisan kreatif aku setakat nih :3 .. deyyy ! baik kau log out sekarang ...!! rilex..rilex jangan marah naihh ! aku bukannya apa, cuti cuti takdak benda nak buat sedang belambak kerja yang kena buat tapi aku tak buat..maka di sinilah aku berkongsi cerita.

berada kat tempat baru dengan geng-geng baru membuatkan aku banyak-banyak kali teringat kwan2x lama..serious talk ! terutama saat saat genting..e:g tengah sakit..tengah demam..tengah ada masalah..tengah sakit hati..tengah-tengah hari dan seterusnya tengah tengah malam..heh ! masa susah jaa hengat ? time senang kau lupa diri eh ? eeuu ! dasarr kwan apa lahh macamnih .. kihkihkih..

ok..rileks smua..jgan nak sentap sngatlahh ! aku slalu ja ingat hangpa smua ..! untuk pertama kalinya aku bergaul dengan orang2x yang berlainan agama..bukan sebelum nih tak pernah cuma nya sekarang aku berkomuniti dengan mereka . really amazingg untuk orang yang 1st time macam aku nih.. yo lar mcam2x soalan yang bagi aku comel sungguh bunyi pertanyaan itu kalau didengar.

"boleh tak kalau kamu puasa jugak walaupun kamu tak boleh puasa bulan puasa tu ? nanti tak payah ganti dah ..?"

"eh kenapa kalau kamu nak keluar kamu pakai stokin ?"

brother and sister,soalan tu nampak biasa tapi ntoh aku rasa lucu kot.setiap kali ditanya mesti rasa nak tegelak. tapi aku respect kwan2x non-muslim aku kat sini. they are really really respect Islam here . masa azan kalau tengah pasang lagu ke hape ke..dorang perlahankan..bercakap-cakap pon tak .. kalau lambat solat sikit dorang tanya lah.."dah solat ke belum?"...alhamdulillah.. harapnya kekal lah sampai aku garduate dari sana nanti..

okeyh . cukup dulu sampai sini . nanti aku sambung lagi .. jazakallah .


0 comments:

Post a Comment