Saturday 17 August 2013

tuhan , berikan aku pedoman, tunjukkan aku jalanMu

bismillah.assalamualaikum.

sebagai manusia kita selalu persoalkan apa lahh hikmah yang kita akan dapat disebalikk setiap perkara yang kita alami. suka aku nak kongsi kat sini pasal apa yang sedang aku alami..syukurlah Allah bagi peluang untuk aku timba ilmu di sekolah agama selama 5 tahun. dari f1 sampai f5.ya Allah bersyukurnya banyak yang aku dapat sepanjang aku di sana .tapi ilmu aku hanya sebutir pasir kalau nak dibandingkan dengan pepasir di pantai. masih tandus.

alhamdulillah,Allah bagi lagi peluang untuk sambung ngaji di UIA . aku bersyukur jugak sebab aku pasti di sana aku juga senang untuk dapatkan ilmu tambahan macam skolah mnengah dulu.yalah ramai juga yang datang dari skolah agama dan aktiviti2x dakwah kat sana pon aktif jugak..so,takdak masalah kalau aku nak join..cuma letak atas diri aku jaa..nakk atau takk !

tapi,sebulan ja aku kat sana..sekrang aku study di ipg..totally different dgan uia..iyalahh di uia semuanya islam.kat ipg?segalanya ada..yaAllah 1st time aku bercampur dengan orang yang berbeza bngsa dan agama.Allahu. T_T . bukan niat nak burukkan ipg..takk..langsung tak..cumanya aku rasa lain sangat sebab..sebabb..ntah aku tak boleh nak describe rasa tuu..

aku pon fikir,apalah hikmah Allah pilih aku msuk ipg ni ? persoalan aku sedikit terjawab bila sorang kawan aku yang dya pon dari skolah agama jugak..mashaAllah hebat dari aku..dya kata lahh..

"ada sebab Allah hantar kau kat sini.mungkin Allah nak kau untuk kongsi apa ilmu yang kau ada dengan kawan-kawan yang takdak background agama ni. 5 tahun kau skolah agama kan? jadi apa yang kau dapat ? masa nih la kau kena guna ilmu yang kau ade tu.." 

allahu.Allah beri aku kekuatan untuk terus berada dijalanMu.. :')

Friday 16 August 2013

cakna bukan pada kata tapi maknanya.

bismillah. assalamualaikum.

mashaAllah . buat masa sekarang "suapan berita" fesbuk aku penuh dengan informasi-informasi pasal Mesir . allahu..tentera yang diharapkan dapat mempertahankan keamanan negara sama sekali tidak boleh diharapp ! sama macam pagar yang makan padi . (ada kaitan ka ?) ..! pihak tentera berkuasa mutlak terhadap pemerintahan negara ? menggulungkan pemerintahan dr mursi ? dengan alasann ? bagi aku langsung x releven.kerana mendaulatkan nilai-nilai islam dr mursi dikurung sehingga tiada siapa yang tahu melainkan pihak tentera ..!!

secara jujur dari hati,aku nih dulunya bukan orang yang suka nak ambil tahu pasal isu-isu semasa dunia nih,tapi disebabkan dulunya aku duduk di asrama maka akan ada ikhwan dan akhawat yang akan share,so aku akan TERtahu pasal isu tu . kalau nak harap aku ? ermm ! kucing bertanduk pon blom tentu aku nih akan cakna. heh !

allahu T_T..tapi sekarang..sifat tu aku cuba kikis selicin mungkin..mungkin sebab salah satu subjek yang aku belajar sekarang ada pasal "cabaran dan isu semasa dunia",jadi sedikit sebanyak subjek nih buka kepala hotak aku tentang isu dunia nih.. come on lah .! isu saudara islam aku sendiri kot ! kalau aku sendiri takdak inisiatif nak cari mklumat tu , sapa yang nak maii suap masuk minda aku nih ? takkan lah mak jemah dan anak-anaknya ? memang tak lah kan.

haduihh...(kerut dahi)
takda apa yang aku boleh tolong melainkan menembak tentera-tentera mesir tu dengan peluru-peluru dan bom-bom doa..haaa lagi satu cubalahh memboikott barang-barang made by yahudi . tu jaa cara yang aku mampu buat . kalau aku sorang ja x cukup. lagi mantap kalau angpa pon sama-sama doa dan memboikot. biarlah tak nampak sangat sumbangan tu,tapi insyaAllah ada ganjarannya..aminn..

baiklah,sebelum aku habis aku nak kongsi sikit info pasal mesir nih.aku pon dapat info dari sini jugak..kuikui.walaupon tak detail tapi sekurangnya aku dah berkenalan sikit dengan isu-isu mesir nih..bacalah dengan tenang sambil makan goreng pisang panas dengan teh tarik.nescaya anda tak mampu habiskan goreng pisang itu sebabnya angpa takkan sanggup biarkan saudara seislam kita ditindas setiap masa.




Sunday 11 August 2013

amalan kecil jangan disangka tiada pahala .

ASSALAMUALAIKUM .

menghidupkan semula blog yang hampir terkulai layu kerana sudah jarang-jarang diupdate . kalau dulu ada ja yang aku nak tulis . itulah selagi diri bergelar pelajar aku kena redhalah dengan situasi tu . aku meninggalkan esaimen-esaimen aku yang blunggok-lunggok tu untuk bersantai dengan blog yang tercinta ini . biarlah blog aku tak secantik angpa punya blog , tapi aku tetap bahagia . 

aku taktau apa yang patut aku update , tapi biarlah aku kongsi sikit pasal buku yang aku baca . buku yang tebalnya tak tebal sangat , nipisnya tak nipis sangat tapiiiiii amatlah bermanfaat aku kira . tajuk buku tu "amalan kecil berpahala besar" . tak mahal lah . 5 ringgit satu . kalau dua 10 ringgit . kalau tiga 15 ringgit and soo onnn !
"hak muslim ke atas muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam , menziarahi orang sakit , mengiringi jenazah , menghadiri undangan dan menjawab orang yang bersin. "
okeyh , dalam lima-lima tu aku nak kupas satu jaa iaitu menjawab orang yang bersin . "hasssshhhyyyemmm !!" (bunyi bersin la kononnya) . maka si pembersin akan mengucapkan "alhamdulillah"(syukur kepada Allah)..maka hendaklah orang-orang yang mendengar bunyi bersin itu menjawab "yarhamkallah"(semoga Allah merahmati kamu)..dan lagii cantik kalau si pembersin yang mendengar orang lain menjawab "yarhamkallah" itu , dibalas dengan ucapan "yahdikumullah"(semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu).

cantiknya islam . Allahu . kerana satu bersin saja kita saling doa mendoakan . tahukah anda semasa bersin, seluruh sistem dalam badan kita juga terhenti ?? samalah keadaannya kalau kita mati nanti . kerana itulah setelah bersin kita ucapkan alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan sistem2x dlam badan untuk beroperasi semula. allah.allah.allah.



"Allah menyukai bersin dan membenci perbuatan menguap. apabila orang bersin lalu memuji Allah,setiap muslim yang mendengar bersin itu wajib mendoakannya . sedangkan menguap , tidak lain datangnya daripada syaitan. dia perlu menolaknya sekuat yang mampu ,kerana apabila dia menguap sambil berkata "haaaaaaaaaaa",syaitan mentertawakannya"-imam al-bukhari.-

*ppsstttttt...mai nak bisik ..menguap jangan bunyi suara..nnt syaitan gelak . jangan lupa tutup mulut takut nnt syaitan masuk ;)