Sunday 11 August 2013

amalan kecil jangan disangka tiada pahala .

ASSALAMUALAIKUM .

menghidupkan semula blog yang hampir terkulai layu kerana sudah jarang-jarang diupdate . kalau dulu ada ja yang aku nak tulis . itulah selagi diri bergelar pelajar aku kena redhalah dengan situasi tu . aku meninggalkan esaimen-esaimen aku yang blunggok-lunggok tu untuk bersantai dengan blog yang tercinta ini . biarlah blog aku tak secantik angpa punya blog , tapi aku tetap bahagia . 

aku taktau apa yang patut aku update , tapi biarlah aku kongsi sikit pasal buku yang aku baca . buku yang tebalnya tak tebal sangat , nipisnya tak nipis sangat tapiiiiii amatlah bermanfaat aku kira . tajuk buku tu "amalan kecil berpahala besar" . tak mahal lah . 5 ringgit satu . kalau dua 10 ringgit . kalau tiga 15 ringgit and soo onnn !
"hak muslim ke atas muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam , menziarahi orang sakit , mengiringi jenazah , menghadiri undangan dan menjawab orang yang bersin. "
okeyh , dalam lima-lima tu aku nak kupas satu jaa iaitu menjawab orang yang bersin . "hasssshhhyyyemmm !!" (bunyi bersin la kononnya) . maka si pembersin akan mengucapkan "alhamdulillah"(syukur kepada Allah)..maka hendaklah orang-orang yang mendengar bunyi bersin itu menjawab "yarhamkallah"(semoga Allah merahmati kamu)..dan lagii cantik kalau si pembersin yang mendengar orang lain menjawab "yarhamkallah" itu , dibalas dengan ucapan "yahdikumullah"(semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu).

cantiknya islam . Allahu . kerana satu bersin saja kita saling doa mendoakan . tahukah anda semasa bersin, seluruh sistem dalam badan kita juga terhenti ?? samalah keadaannya kalau kita mati nanti . kerana itulah setelah bersin kita ucapkan alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan sistem2x dlam badan untuk beroperasi semula. allah.allah.allah.



"Allah menyukai bersin dan membenci perbuatan menguap. apabila orang bersin lalu memuji Allah,setiap muslim yang mendengar bersin itu wajib mendoakannya . sedangkan menguap , tidak lain datangnya daripada syaitan. dia perlu menolaknya sekuat yang mampu ,kerana apabila dia menguap sambil berkata "haaaaaaaaaaa",syaitan mentertawakannya"-imam al-bukhari.-

*ppsstttttt...mai nak bisik ..menguap jangan bunyi suara..nnt syaitan gelak . jangan lupa tutup mulut takut nnt syaitan masuk ;)

0 comments:

Post a Comment