Sunday 22 December 2013

iya iya ooo... mamaamamamma makkkk

bismillah . 
assalamualaikum.

ntah dari mna semangat ini datang pon aku tak tau . yang pasti rasa untuk menulis di blogg ini membuak-buak bagai gunung berapi yang tunggu masa untuk memuntahkan lava lava dan seisinya . sedikit pembohongan di situ ya tuan tuan puan puan .

tahukah anda apa itu senggugut ? yesss ! exactly . sakit orang pompuan... kalau nak dengar bahasa yang berlapik lagi bertingkat-tingkat sebutlah sakit orang perempuan . yang pernah merasa tahniah dan takziah . tahniah lah sebab bukan smua boleh rasa sakit yang sesakitnya itu dan takziah kerana aku tahu bagaimana rasa sakit itu . allahurobbi ! jangan sempitkan fikiran dengan berasa malu untuk menerangkan perihal sakitnya senggugut ini .

apa yang pasti , aku bukan lah doktor apalagi speacialist yang nak menerangkan A tooo Z pasal sakit ini . cumanya , aku anggap sakit ini satu wadah untuk allah sedarkan aku betapa sakitnya mak aku nak lahirkan aku satu masa dulu.. tsskk..tsskk.. many people said that senggugut only 10% thannn sakit nak beranak . allahhurobbi . sanggopkah nak malawan cakap mak ? sanggopkah ? jangan bercakap lebat di sini ya wahai diri !

betapa banyak bekas bekas luka yang tergores di hati nurani milik ibu . bukan sahaja dengan kerenah seorang anak tapii macam macam fee'l anak yang sulung tengah bongsu acik along angah dan boboii serta baby . tapi sakit itu cepat cepat ja mak sembuhkan . aku pasti mak mesti selalu pesan pada diri, sabarlah wahai hati,anak anak kurniaan illahi .

sat . aku touching . lap ayaq mata sat .

hari berganti hari . dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan sekarang unibersiti . makin hari makin jauh. allah . tahun baru masihi aku berazam pada diri untuk tidak mahu lagi menggores hati kecil ibu . andai itu berlaku juga biarlah aku yang menjadi specialist merawat hati kecil itu sehingga sembuh . allah permudahkan aku . 

makkk ,engkau kurniaan teristimewa ciptaan Illahi . 

jom nasyidd =)

say alhamdulillah , thank you Allah , thank you Allah for my mother . 

1-1-14 .register to ipg. that's why lah aku menghapdet keberatan hati nak berjauhan dari mak abahh :'(

Tuesday 26 November 2013

menegur jangan sampai menghina

bismillah .assalamualaikum.

lagi sekali ambe muncul untuk menghidupkan semula dakwat-habis nih . kesian bah sudah lama kena kasi tinggal. act, aku baru lepas stalk fesbuk . blog . twitter sahabat2x sekolah mnengah dulu . apa kah maksud perbuatan-perbuatan itu ? stalk tanda rindu .. hu..hu..hu.. at the same time dapat lah jugak topup ilmu mana yang patot . jauh dmata dekat dhati. x gitu ?

tadi . sedang aku dok cuci pinggan mangkok untuk manifestasikan kerajinan aku nih , maka aku ternampak sekor tikus dicelah-celah daun di rumah jiran depan rumah aku . aku nampak tikus tu macam takut-takut ja nak keluar dari rumput tu. mungkin dya nak makan nasi briyani yang kena tabur oleh jiran aku yang pemurah kot . kot lah !

tak semena-mena aku terpikiaq . kenapa tikus tu tak dilayan macam hamster haa ? hamster a.k.a tikus belanda tu yang kena letak dlam sangkar ada debu-debu..benda bulat yang berpusing-pusing dan rumah kecil dalam sangkar tu. kenai yang mana ? teringat pulak hamster yang kawan aku bela..comel tapi kecomelan itu hilang serta merta bila hamster tuu keennncchhinnngggg atas tngan aku .. eeuuu...nasib laa cepat aku bagi balik dkat tuan dya..kalau tak memang kena penyet lahh hamster tu sebab besaq dya muat-muat tangan aku ja. tapi takdenye aku nak buat macam tu der ! x sanggop menjadi pembunuh . astaghfirullah.

yang jadi persoalan kenapa masa orang lain pegang dya tak buat perangai yang tak semenggah tu.. tapi bila turn aku nak tunjukkan kasih sayang terhadap seekor binatang yang dipanggil hamster tu dya membuat onar 
 pulak . hoihh .. fobia..fobiaa,,! andai itu takdirnya !! aku redha .. he..he..he..

back to the main topic , kenapa tikus tak dilayan macam tikus belanda tu ? ada kah memang fitrah atau kita manusia yang memilih untuk tidak membela tikus yang biasa tu .. siap ada perangkap lagi untuk tangkap tikus yang biasa tu .? adakah kita akan dikata kurang siuman atau biuulll kalau bela tikus yang biasa tu ? tapi kann kalau aku pon aku tak lalu nak bela tikus tu. ha.ha.ha. dah tu tanya lagi ?

last-last aku pon jawab sendiri soalan yang aku tanya dekat diri aku tadi dengan membuat satu perbandingan bukan ilmiah . lasak lah asal aku rasa senang hati .. orang kata .. orang lain lah aku dengar ja..kucing itu spesies harimau ? hakk alohhh .. ntah crit dongeng mana aku kutip nih .. he..he..he..habis tu kenapa tak dibela ja harimau bagi menggantikan kucing ? deyy ..porrrahhh .. apa pnya soalan la ?

what i mean here is .. x perlu kot suka nak mempersoalkan apa yang tak perlu kita soal . kadang-kadang benda yang kita tanya tu makan diri kita balik ja . 

"kenapa dia pakai tudung labuh,berjubah bagai..purdah lagi tu..tapi mulut macam hapa lagi ?"

"kenapa orang tu slalu pergi surau , siap pakai kopiah lagi tapi sombong ?"

 yaa ... itulah fenomenanya . muslimin dan muslimat yang dikasihi , siapa kita untuk "mengomplain" a.k.a  mengkritik orang lain .?  menegur itu lain . menghina itu lain . lagi menghanginkan apabila kita menghina tanpa bagitahu mana cara yang sebetulnya .! tak adil lah kan ? lepas puas kita semburr hinaan-hinaan berbisa lagi pedas berapii itu , kita terus pergi tanpa bagitahu apa yang sepatutnya di buat supaya jadi lebih baik . itu tidak adil yang arif . tidak adil !

sebab itu ambe nak pesan apabila kita menegur jangan sampai teguran itu bertukar menjadi hinaan . ada paheemm ? tegur baik baik . kalau tak makan samann jugak . redha je lah . as long kita dah buat apa yang kita kena buat , tu pon dah cukup baik . fitrah manusia itu cinta kepada kebaikan . inshaAllah nnt dya kembali lah kepada fitrah tu semula . banyak berdoa .

lagi sakit hati dengar kalau dengar ada suara-suara hasil godaan syaitoonnn yang cakap lebih baik tak payah pakai tudung kalau mulut tak reti jaga . yng nih paling krikk..krikk .. sangat tak patot . deyyy .. spa kata tak payah pakai tudung lebih baik ? janganlah kau ajak dya buat dosa buka tudung pulak bila kau sakit hati dengan mulut dya . kalau sakit hati dengan mulut dya tak payah nak hina dari anggota kepala sampai hjung jari kaki dya . tak adil , itu tak adil namanya .!

selalu lah pesan dkat diri , mungkin orang yang pakai tudung tu , pakai kopiah tu , rajin solat smua tuu.. Allah nak uji diorang . adakah smakin bnyak amalan tu dkatkan dorang dengan tuhan atau sebaliknya .. itu bukan kerja kita nak hina bagai. tak salah tegur .tapi lagi skali saya ulang menegur jangan sampai menghina . boleh ?

ntah apa apa lah aku nih kan ? dari cerita tikus hamster masuk sikit kucing dan harimau ..tup tup sekelip mata masuk bab menegur menghina nih ? memang takda kohesi koheren langsung . apa pon semua ini peringatan untuk diri aku sebenarnya . takpayah nak bajet bagoslah ye wahai diri . 

meh layan quotes nih .

jazakallah .

Saturday 23 November 2013

sekian lama..akhirnya terhapdet jugak !

awal bicara madah BISMILLAH.

assalamualaikum .

sekian lama ambe tak menghapdet blog terchenta ini . alasan apa lagi aku nak bagi , semestilah kekangan masa yang slalu menghambat-hambat aku selagi bergelar manusia yang x pandai nak arrange masa , =..=.
btw, pensyarah aku slalu pesan jangan nak salahkan masa sebab Allah bagi masa tu cukup ja setiap orang .

selak sikit nota CintaNya..dalam surah al-asr .."demi masa ,sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan meraka yang beriman dan beramal soleh,serta mereka yang berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran".. nampak dak ? tersentap nya ambe kerana tergolong dalam merekayang kerugian itu.

baiklah , dapat mimpi apakah aku sehingga aku rajin nak menghapdet blog nih ? *kriikk..krikk..bukan der ! aku mendapat satu kekuatan untuk sign in ke gmail lalu menaip blogger.com dan seterusnya merepek-merepek dalam bloggg nihhh setelah membaca blog-blog sahabat aku yang lain..yeeeaahhh di situ punca kekuatan ambe. lagi pon aku seperti princess tidak berkakak tiri di rumah sementara menunggu tamatnya cuti sem. tak salah ambe nak berkata soal hidup, berbicara soal hati . chhooiii ..sapa nak dengaq haa ?

alhamdulillah,,sebagai rakyat Malaysia kita sedia maklum yang sekarang nih musimm eesspiyyem .! mak aihh gediknya . nak sebot SPM pon macam tuh.perlu kah ? maafkan ambe yer . haa kita semua tau skarang musim SPM,maka sudah pastilah moment2x indah semasa spm dulu tuu menerjah benak pikiran ambe ni..setahun berlalu..sungguh pantas..tsskk...tsskk.. maka dengan itu sudah habis lah jugak pengajian aku kat IPG untuk satu sem., ya Allah..masih berbaki 4 tahun ya tuan dan puan ..haha! macam zaman sekolah pulokk.

apa motif aku membebel hampir setengah page foolscape paper nih kalau nak compare atas kertaslah ! jawapannya saja . aku nak tengok sejauh mana bakat penulisan kreatif aku setakat nih :3 .. deyyy ! baik kau log out sekarang ...!! rilex..rilex jangan marah naihh ! aku bukannya apa, cuti cuti takdak benda nak buat sedang belambak kerja yang kena buat tapi aku tak buat..maka di sinilah aku berkongsi cerita.

berada kat tempat baru dengan geng-geng baru membuatkan aku banyak-banyak kali teringat kwan2x lama..serious talk ! terutama saat saat genting..e:g tengah sakit..tengah demam..tengah ada masalah..tengah sakit hati..tengah-tengah hari dan seterusnya tengah tengah malam..heh ! masa susah jaa hengat ? time senang kau lupa diri eh ? eeuu ! dasarr kwan apa lahh macamnih .. kihkihkih..

ok..rileks smua..jgan nak sentap sngatlahh ! aku slalu ja ingat hangpa smua ..! untuk pertama kalinya aku bergaul dengan orang2x yang berlainan agama..bukan sebelum nih tak pernah cuma nya sekarang aku berkomuniti dengan mereka . really amazingg untuk orang yang 1st time macam aku nih.. yo lar mcam2x soalan yang bagi aku comel sungguh bunyi pertanyaan itu kalau didengar.

"boleh tak kalau kamu puasa jugak walaupun kamu tak boleh puasa bulan puasa tu ? nanti tak payah ganti dah ..?"

"eh kenapa kalau kamu nak keluar kamu pakai stokin ?"

brother and sister,soalan tu nampak biasa tapi ntoh aku rasa lucu kot.setiap kali ditanya mesti rasa nak tegelak. tapi aku respect kwan2x non-muslim aku kat sini. they are really really respect Islam here . masa azan kalau tengah pasang lagu ke hape ke..dorang perlahankan..bercakap-cakap pon tak .. kalau lambat solat sikit dorang tanya lah.."dah solat ke belum?"...alhamdulillah.. harapnya kekal lah sampai aku garduate dari sana nanti..

okeyh . cukup dulu sampai sini . nanti aku sambung lagi .. jazakallah .


Saturday 17 August 2013

tuhan , berikan aku pedoman, tunjukkan aku jalanMu

bismillah.assalamualaikum.

sebagai manusia kita selalu persoalkan apa lahh hikmah yang kita akan dapat disebalikk setiap perkara yang kita alami. suka aku nak kongsi kat sini pasal apa yang sedang aku alami..syukurlah Allah bagi peluang untuk aku timba ilmu di sekolah agama selama 5 tahun. dari f1 sampai f5.ya Allah bersyukurnya banyak yang aku dapat sepanjang aku di sana .tapi ilmu aku hanya sebutir pasir kalau nak dibandingkan dengan pepasir di pantai. masih tandus.

alhamdulillah,Allah bagi lagi peluang untuk sambung ngaji di UIA . aku bersyukur jugak sebab aku pasti di sana aku juga senang untuk dapatkan ilmu tambahan macam skolah mnengah dulu.yalah ramai juga yang datang dari skolah agama dan aktiviti2x dakwah kat sana pon aktif jugak..so,takdak masalah kalau aku nak join..cuma letak atas diri aku jaa..nakk atau takk !

tapi,sebulan ja aku kat sana..sekrang aku study di ipg..totally different dgan uia..iyalahh di uia semuanya islam.kat ipg?segalanya ada..yaAllah 1st time aku bercampur dengan orang yang berbeza bngsa dan agama.Allahu. T_T . bukan niat nak burukkan ipg..takk..langsung tak..cumanya aku rasa lain sangat sebab..sebabb..ntah aku tak boleh nak describe rasa tuu..

aku pon fikir,apalah hikmah Allah pilih aku msuk ipg ni ? persoalan aku sedikit terjawab bila sorang kawan aku yang dya pon dari skolah agama jugak..mashaAllah hebat dari aku..dya kata lahh..

"ada sebab Allah hantar kau kat sini.mungkin Allah nak kau untuk kongsi apa ilmu yang kau ada dengan kawan-kawan yang takdak background agama ni. 5 tahun kau skolah agama kan? jadi apa yang kau dapat ? masa nih la kau kena guna ilmu yang kau ade tu.." 

allahu.Allah beri aku kekuatan untuk terus berada dijalanMu.. :')

Friday 16 August 2013

cakna bukan pada kata tapi maknanya.

bismillah. assalamualaikum.

mashaAllah . buat masa sekarang "suapan berita" fesbuk aku penuh dengan informasi-informasi pasal Mesir . allahu..tentera yang diharapkan dapat mempertahankan keamanan negara sama sekali tidak boleh diharapp ! sama macam pagar yang makan padi . (ada kaitan ka ?) ..! pihak tentera berkuasa mutlak terhadap pemerintahan negara ? menggulungkan pemerintahan dr mursi ? dengan alasann ? bagi aku langsung x releven.kerana mendaulatkan nilai-nilai islam dr mursi dikurung sehingga tiada siapa yang tahu melainkan pihak tentera ..!!

secara jujur dari hati,aku nih dulunya bukan orang yang suka nak ambil tahu pasal isu-isu semasa dunia nih,tapi disebabkan dulunya aku duduk di asrama maka akan ada ikhwan dan akhawat yang akan share,so aku akan TERtahu pasal isu tu . kalau nak harap aku ? ermm ! kucing bertanduk pon blom tentu aku nih akan cakna. heh !

allahu T_T..tapi sekarang..sifat tu aku cuba kikis selicin mungkin..mungkin sebab salah satu subjek yang aku belajar sekarang ada pasal "cabaran dan isu semasa dunia",jadi sedikit sebanyak subjek nih buka kepala hotak aku tentang isu dunia nih.. come on lah .! isu saudara islam aku sendiri kot ! kalau aku sendiri takdak inisiatif nak cari mklumat tu , sapa yang nak maii suap masuk minda aku nih ? takkan lah mak jemah dan anak-anaknya ? memang tak lah kan.

haduihh...(kerut dahi)
takda apa yang aku boleh tolong melainkan menembak tentera-tentera mesir tu dengan peluru-peluru dan bom-bom doa..haaa lagi satu cubalahh memboikott barang-barang made by yahudi . tu jaa cara yang aku mampu buat . kalau aku sorang ja x cukup. lagi mantap kalau angpa pon sama-sama doa dan memboikot. biarlah tak nampak sangat sumbangan tu,tapi insyaAllah ada ganjarannya..aminn..

baiklah,sebelum aku habis aku nak kongsi sikit info pasal mesir nih.aku pon dapat info dari sini jugak..kuikui.walaupon tak detail tapi sekurangnya aku dah berkenalan sikit dengan isu-isu mesir nih..bacalah dengan tenang sambil makan goreng pisang panas dengan teh tarik.nescaya anda tak mampu habiskan goreng pisang itu sebabnya angpa takkan sanggup biarkan saudara seislam kita ditindas setiap masa.




Sunday 11 August 2013

amalan kecil jangan disangka tiada pahala .

ASSALAMUALAIKUM .

menghidupkan semula blog yang hampir terkulai layu kerana sudah jarang-jarang diupdate . kalau dulu ada ja yang aku nak tulis . itulah selagi diri bergelar pelajar aku kena redhalah dengan situasi tu . aku meninggalkan esaimen-esaimen aku yang blunggok-lunggok tu untuk bersantai dengan blog yang tercinta ini . biarlah blog aku tak secantik angpa punya blog , tapi aku tetap bahagia . 

aku taktau apa yang patut aku update , tapi biarlah aku kongsi sikit pasal buku yang aku baca . buku yang tebalnya tak tebal sangat , nipisnya tak nipis sangat tapiiiiii amatlah bermanfaat aku kira . tajuk buku tu "amalan kecil berpahala besar" . tak mahal lah . 5 ringgit satu . kalau dua 10 ringgit . kalau tiga 15 ringgit and soo onnn !
"hak muslim ke atas muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam , menziarahi orang sakit , mengiringi jenazah , menghadiri undangan dan menjawab orang yang bersin. "
okeyh , dalam lima-lima tu aku nak kupas satu jaa iaitu menjawab orang yang bersin . "hasssshhhyyyemmm !!" (bunyi bersin la kononnya) . maka si pembersin akan mengucapkan "alhamdulillah"(syukur kepada Allah)..maka hendaklah orang-orang yang mendengar bunyi bersin itu menjawab "yarhamkallah"(semoga Allah merahmati kamu)..dan lagii cantik kalau si pembersin yang mendengar orang lain menjawab "yarhamkallah" itu , dibalas dengan ucapan "yahdikumullah"(semoga Allah memberi petunjuk kepada kamu).

cantiknya islam . Allahu . kerana satu bersin saja kita saling doa mendoakan . tahukah anda semasa bersin, seluruh sistem dalam badan kita juga terhenti ?? samalah keadaannya kalau kita mati nanti . kerana itulah setelah bersin kita ucapkan alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan sistem2x dlam badan untuk beroperasi semula. allah.allah.allah.



"Allah menyukai bersin dan membenci perbuatan menguap. apabila orang bersin lalu memuji Allah,setiap muslim yang mendengar bersin itu wajib mendoakannya . sedangkan menguap , tidak lain datangnya daripada syaitan. dia perlu menolaknya sekuat yang mampu ,kerana apabila dia menguap sambil berkata "haaaaaaaaaaa",syaitan mentertawakannya"-imam al-bukhari.-

*ppsstttttt...mai nak bisik ..menguap jangan bunyi suara..nnt syaitan gelak . jangan lupa tutup mulut takut nnt syaitan masuk ;)

Tuesday 23 July 2013

walaupon sekejap , aku tetap bersyukur

ASSALAMUALAIKUM..

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.. syukur masih diberi ruang dan kesempatan untuk mengupdate blog buat pertama kalinya setelah diri ini bergelar mahasisiwi . (muntah hijau)

banyak benda aku nak cerita sebenarnya . mana taknya kalau dulu aku bising cerita pasal feeling aku masa nak masuk U . maka entry kali nih wajiblah berkaitan dengan cerita aku di menara gading itu . haha . apa ? overrr ? memang . yessss !! I admit it .

syukur sangat yang amat sangat sebab aku insan terpilih untuk bergelar mahasiswi uia walaupun cuma sebulan. walaupon prasarana tak sehebat kampus induknya di Gombak , aku tetap rasa bahagia di "iium PJ".. sempat jugaklah merasa exam "APT" & "EPT" ...haha..berbekalkan karat setebal 2 inci dlam otak aku ni..aku pon buatlah exam tu..hehehehehehehe... 

tapi perancangan Allah itulah yang paling baik . amat baik . sangat baik dan sudah pastilah perancanganNya adalah yang terbaek . Aku ditemukan dengan klasmet yang sangat superb .! ya Allah bersyukurnya akuu..tapi semua tu only a month . jodoh kami tak panjang .. (tears rolling down) ..

satu hari tu aku di library..(tempat yang aku paling aku cintai di uia selain kafe...=..= ) 
tiba-tiba aku dpat msej yang suruh aku check result ipg untuk calon gantian gitu..2nd intake la kira..aku pon terroossssssss check .. masa tu jugak aku rasa sebak bila aku terpilih.. bukan terharu ... tapi aku dalam dilema gitu .. NURIN (rumet yang tercinta , klasmet tersayang ) menenangkan aku . ya Allah ..show me the way ...show me the wayyy (maher zain siket )..

aku tanya la kawan-kawan lain..most of them support me to further my study in IPG . tapi satu ayat yang paling terkesan daripada ramai-ramai yang bagi opinion kat aku ialahhh :

"kau dah tanye mak kau ? "
"dah . aku jawab .. mak aku suka sangat kalau aku pegi IPG tu"
"haa..kalau mak kau ckap mcam tu kau pegi laa..kalau aku tak tahu nak buat satu-satu keputusan tu aku tanya mak aku.. inshaAllah .. ada berkatnya.."
haaaaa..angpa jangan salah paham . aku pindah IPG nih bukan semata-mata kerana mak aku yang cadangkan tapi aku berminat untuk menjadi pendidik . cumanya harapan mak aku itu menjadi penguat untuk aku memilih IPG sebagai tempat untuk teruskan pengajian..

maka berlakulah proses pindah memindah nih..ya Allah sedihnya hanya tuhan yang tahuu..meninggalkan insan-insan yang pernah mencipta persahabatan dengan aku .. rumet-rumet aku yang terbaek abad ini . di mana kan ku cari ganti ..!! dua tiga hari sebelum aku pindah aku macam tak pecaya ja yang aku akan pindah..berendam dengan lautan air mata .. :'(

tapi,itulah adat . ada pertemuan ada perpisahan . kita rancang . Allah pon rancang . tapi prancangan Allah itu yang terbaek . Allah mengetahui segalanya sedangkan aku dan kamu hanya hamba yang dicipta . Allah . Allah .. semoga langkah aku meneruskan perjalanan menjadi seorang pendidik di rahmati dan diberkati . Aminnn..




Saturday 8 June 2013

5 bulan , lamanyaaaa

ASSALAMUALAIKUM

sudah 5 bulan lamanya aku tak karang karangan BM , esei BI , insyak BA , kira-kira untuk edmate , mate , akaun ..mngahafal sejarah , ekon , quransunnah ,syariah dan sains . secara jujur , ya aku rindu semua-semua itu . murabbi dan murabbiyahnya memang terbaek abad ini . memang tak jumpa laa kat bumi lain . hanya di bumi malaysia .

habis dah 5 bulan menggoyang kaki mengalahkan memmm besarr , sudah pastilah inci-inci karat ini semakin menebal . agaknya laa..tangan toksah kata laa..keras bagai kayu atau mungkin balak ? waktu nak isi borang..ya Allah punya laa payah . asyik reject ja borang .pasalnya tulisan aku mengalahkan tulisan para doktor bahkan setaraf dengan specialist di singapura . haa gitu !

jadi , semoga dengan melangkahnya kaki aku untuk mendaftar nanti , aku harap segala karat dan tangan kayu itu bisa aku tinggalkan jauh di bumi kedah .


isnin

ASSALAMUALAIKUM

hari nih sabtu . besok ahad . lusa isnin .

isnin 10hb 2013 . aku akan mendaftarkan diri . melapor diri . menghadirkan diri .

bukan lagi di baling . in sha Allah petaling jaya . dah ramai pon kawan-kawan aku yang dah mula blajar . aku yang agak lambat dan sedikit kelewatan .

do pray for me . aku teringat satu kata-kata yang sangat menyentap atma dan sanubari gitu .

berjayanya seseorang itu boleh diukur selepas dia habis belajar bukan universiti mana yang didaftar .

ada betul jugak apa yang dikata tu . tapi apa pon bergantung pada diri .. allah..allah..allah ..

Thursday 6 June 2013

O.M.E

ASSALAMUALAIKUM .

i'm not too good in english . but i wish that one day aku boleh memanipulasikan bahasa inggeris nih.#international language .


Friday 31 May 2013

sederhana sudah

ASSALAMUALAIKUM

salam jumaat , pagi-pagi nih aku tengok nasik lemak kopi o.. antara rncangan bualbicara yang jadi fevret aku.

jadi apa yang menarik perhatian aku dalam cerita tu ialah novel.teringat pulak kawan-kawan aku yang kaki novel masa sekolah dulu.nak cerita bagi ada yang baca novel sehari ja boleh habis ..kadang2x tu ada ja yang boleh habis baca berapa jamm jaa.. wuuuuuuu ~  kalau aku memang impossible .

selalunya aku ambik masa 2 hari untuk habiskan novel 400-500 muka surat .dulu memang tak minat nak baca novel-novel bagai nih ..dah la panjangg ..tulisan haluss..banyak page pulak tuu .. errrr..takminat-takminat.

aku berjinak-jinak baca pon masa f3 . kan lepas pmr aku dok rumah , so masa itulah aku mengisi masa tu dengan habiskan novel-novel yang dah hampir dimamah anai-anai tuu .. =,="
layan je .tapi lama-lama baca tu timbul rasa untuk bacabacabaca..sampai laa sekarang aku sukabaca novel.

aku pernah ada niat untuk beli novel sebanyak mungkin dan susun atas satu rak khass dalam rumah aku nanti ...waa..so heavenn :))

moral of da story, janganlah kita lebih-lebih pamerkan rasa tidak suka kita kepada sesuatu .bukan apa,macam aku dulu laa..punya la cakap tak suka baca novel segala nih .. tapi lama-lama aku yang suka.
ya,memang kita ada hak untuk tidak suka pada sesuatu perkara , tapi cukup sekadarnya .. bukan apa ....

"mungkin apa yang kamu sukai itu tidak baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu .."
memang tak sesuai untuk kaitkan ayat tu dengan baca novel =..= ..tapi ingatlah .. jangan terlalu tak suka sangat ..dan jangan sukasuka sangat .. biasa-biasa sudah ..bersederhana itu lebih baik kann ?? =)

sekiannn ... (ada inteam laa kat nasik lemak kopi o.. qasidah..solatunbissalamilmubil~~~ rindu sekolah :') )

Sunday 26 May 2013

bisikan yang mendorong kebaikan dan sebaliknya

ASSALAMUALAIKUM 

aku masih lagi berada dalam suasana yang hening memikirkan perjalanan hidup yang semakin mencabar.itulah namanya hidup. 

okey , hari ini aku nak kongsi pasal satu topik yang bertajuk "bisikan ". aku ambil  info ni dari tv3.al-hidayah. setiap hari jumaat pukul 1.00 macam tu laa .


dari apa yang aku dapat , bisikan ini ada 2 iaitu bisikan rabbani dan bisikan syaitani . aku rasa angpa mesti boleh beza kan mana satu bisikan yang baik dan mana satu bisikan yang tak baik . ya ya . mestilah rabbani itu bisikan baik . syaitani ? uiishh .. ada iras-iras syaitan kat nama pon dah boleh agak..sudah terang-terang itu bisikan yang tidak baik .

siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan bisikan-bisikan ini ?
berdasarkan apa yang aku tahu melalui al-hidayah itu ,  bisikan rabbani itu diilhamkan dari malaikat yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan dan  ketaatan kepada Allah . manakala bisikan syaitani itu berpunca daripada syaitan-laknatullah yang sentiasa menghalang manusia untuk berbuat kebaikan, nau'zubillah .

kalau nak lebih faham , aku bagi senario yang aku pasti angpa pon pernah laluinya ..
  1. suatu hari , tiba-tiba kau tergerak hati nak sembahyang subuh berjemaah kat masjid walaupun selama ni kau jarang-jarang sembahyang subuh kat masjid . yessssss ..itu adalah satu bisikan yang menggerakkan kau untuk berbuat baik .
  2.  suatu hari ada orang mintak sedekah , dan kau tergerak hati nak bagi 5 ringgit .kau memang seorang yang suka bersedekah tapi selau kau bagi seringgit ja.yessssssssssss itu jugak bisikan rabbani .
penambahan , kalau angpa dah rasa  untuk berbuat kebaikan itu , terus saja buattt .tak payah nak fikir 234567 kali . sebabnya syiatan tu cerdik .dalam angpa nak buat baik dya pon akan segera membuat lintasan dan mengatakan tak payahhh laaaa..sebab tu kalau kita dah buat kebaikan tu .teruskan saja .

contohnya , macam sembahyang subuh di masjid tadi , kalau angpa pikir 23456 untuk pergi atau tidak maka syiatan akan berkata "alahh , tak payahlah sembahyang kat masjid subuh nih , nanti maghrib pon boleh lagi"..haa lebih kurang macam tu la..bisikan tu tak nampak jahat sangat tapi dya menghalang kita untuk buat baik.boleh fahamm ?

berbalik pula pada bisikan syaitani .. senarionya pula begini..

  1. ternampak sampah atas jalan , tiba-tiba hati terdetik "alah tak apa.nanti ada orang lain boleh kutip".
  2. terlihat dompet kawan yang banyak duit dalamnya..hati berbisik " ambil laa duit tu , setakat 5 ringgit kawan kau tak perasan punya .."
hahhh..lebih kurang laa..syaitan nih banyak perangkapnya . kadang-kadang kita dah nak kutip sampah kat atas jalan tu (merujuk situasi di atas)..disebabkan fikir 8765432 kali , maka syaitan pon mencelah . allah.allah

itulah , lepas nih kalau dah terlintas nak buat kebaikan itu , terus ja buat sebabnya Allah hantar malaikat untuk mendorong kita buat kebaikan itu . tapi andai kata bisikan syaitani menguasai diri cepat-cepatlah sedar dan segeralah beristighfar..astghfirullahala'zim..

perasaan apakah ini ?

ASSALAMUALAIKUM 

ada dua minggu dari sekarang aku akan melangkahkan kaki ke negeri orang . perasaan aku sekarang ? entah. aku sendiri susah nak tafsirkan .kadang-kadang aku rasa gila best sebab dah nak masuk U . tapi elok-elok rasa best , tiba-tiba satu perasaan sayu datang menerjah . allhurobbi .


langkah kaki ini semoga dirahmati .. semoga diredhai . saat ini suasana UIA masih berlegar-legar dalam kepala aku ini . adakah seindah yang aku bayanggkann ? atau sebaliknya .

aku memang suka buat terok .!!!!!!!!

*aku suka bagi nasihat kat orang . kata itu .kata inilah . tapi aku sendiri rasa apa yang angpa rasakan.percayalahhhhhhhhhh !! itulah, untuk menguatkan diri aku , apa salahnya aku sebarkan aura-aura positif untuk kawan-kawan aku yang lain.walaupon hakikatnya aku juga perlukan sokongan dan nasihat .

aku rasa dengan aku bagi kata-kata semangat pada orang lain , aku memperoleh kekuatan dari situ. dalam aku memberi nasihat , itu sebenarnya aku nasihatkan untuk diri aku jugak .

Saturday 25 May 2013

tiada kata , hanya tinta .

ASSALAMUALAIKUM

memandangkan ramai kawan-kawan aku yang bakal angkat kaki dari kedah nih , so aku pon takmau ketinggalan untuk ucap selamat jalan dan selamat berjuang . tiada lagu untuk aku dendangkan , tiada sajak untuk aku dekleamasikan , tiada tarian untuk aku persembahkan . yang ada cuma doa dan harapan supaya kita sentiasa berjaya dan mencapai cita-cita yang diidamkan .biiznillah .

ingatlah , kita belajar ini bukan semata-mata untuk beroleh pangkat yang tinggi , gaji yang lumayan , sanjungan yang takputus-putus , tapi kita belajar atas dasar kewajipan untuk menimba ilmu . tidak kisahlah ilmu apa yang kau akan belajar selepas ini. tapi tuntutlah ilmu itu sebaik-baiknya .

bak kata imam syafi'e .. "kalau kau tak tahan lelahnya menuntut ilmu ,maka kau akan derita menanggung kejahilan " .. allah . aku faham . hanya orang yang kuat mampu berlawan dengan kemalasan itu . siapa orang yang kuat tu ? angpa lah .kita in sha Allah . doa-doakan .

kata cikgu-cikgu dulu, ilmu yang ada biarlah diamal jika tidak semuanya seperti pokok yang tiada buah . rugii kann ? selalu aku dengar ja lagu C.U.D.IPT , tapi nanti kita see betoi-betoi la nowh . overrrrrrr -_-bukan aku tak pernah tinggal jauh dari family , cumanya jauh aku dulu terkawal , dikawal dan mengawal =,=" . tapi sekarang ,pandai-pandai la aku nak hidup. makan pon kena beli . selalu masuk ja dewan makan .. beratoq ..cedok nasi+lauk ..duduk..makan .. ambik la bnyak mana pon .harga tetap sama .. nantii ?? semakin banyak lauk yang diambil semakin ramai fulus yang terpaksa dikeluarkan . (lama tak buat hipotesis)..oh duet $$$$$

baju ? dulu maroon sentiasa , sekarang pandailah kau nak macing-macing tudung dengan baju kau tu yer . pi kelas ?haha .dulu tak pergi kena denda .(cikgu ambil berat :')tapi lepas nih ..ikut kau la .nak pergi ke tak nak itu bukan urusan lecturer .. alahai pandai-pandai jaga diri . aku sembang macam aku nih dah senior ? hahaha!!

btw , minta maaf sebab banyak buat salah sepanjang kita kenal. al-maklum, mulut tak ditapis begitulah jadinya :3 .kata-kata dan perilaku yang mengguris atma..percayalahh kalau waktu tu boleh aku putar balik,aku akan menjadi sebaik mungkin...in sha Allah .. tak apa lah ,yang lepas jadikan pengajaran..semoga aku akan jadi lebih baik di alam IPT ini pulak.

doakan aku . bahasa inggeris aku . errrr. (english why U are so importantt ? ) 

sebagai menggulung apa yang aku katakan di atas,semoga kita semua beroleh kemenagan di dunia ,lebih-lebih lagi di akhirat . there is no words to describe how special you are ;)

selamat berjuang .. sahabat :')







rindu menyapa tanpa diundang ,
kasih terjalin tanpa dipaksa,
walau kita tidak bertentang ,
ukhwah ini mekar sentiasa .

walau di mana anda berada , utara selatan timur barat , oversean, overland , dan serata dunia ini , percayalah rezeki itu Allah tetapkan .in sha Allah baik untuk kita dan baik untuk semua ..bertebaranlah di atas muka bumi Allah yang sangat luas ini .








Friday 24 May 2013

jeritan suara hati .

ASSALAMUALAIKUM 

di saat nih , aku sedang sibuk menguruskan borang-borang untuk hari pendaftaran yang bakal tiba . buat awal-awal senang nanti tak kalut + kelam-kabut + tetinggal itu ini .. PJ ke kulim bukan 15 minit perjalanan yaa !! jadi semuanya harus beres . tiada satu pon yang boleh tinggal . aku tahu satu benda yang abah akan tanya waktu dalam kereta sebelum keluar rumah . "ade lagi bende tetinggal ? check cepat .. nnt dah keluar nih takde patah-patah balik dah ".. masa aku sekolah baling dulu la . haha .

okeylah . disebabkan banyak benda yang yang kena print , aku terpaksa lahhh pergi ke pusat komputer kat taman aku tu untuk print . masa-masa genting nih la encik printer nak buat prangai . ink kaler tak dak . tapi aku tengok botol sebelah tu penuh ja . hah . ujian . ujian.

dah sampai kedai aku tengok semua PC penuhh ! masa tu pukul 3.00 petang . masalahnya penuh dengan budak budak dbawah umur . alah budak-budak darjah 3 4 5 6 . apa yang depa buat ?? tak payah tanya.angpa pon mesti tau . main game !! laa..lantak laa duit mak bapa depa yang habis .. ok , aku tak kisah duit sapa yang habis , yang aku kisah semua budak-budak dalam tu generasi rabani yang bakal memimpin negara islam nih . lagi satu , ustaz kelas fardhu ain aku pernah bagitau yang budak-budak banyak ponteng klas. depa pi mana ?? pi main game kat kedaii nihh laa . bukan buruk sangka . setelah diselidik budak-budak akan pergi kedai pukul 3.00..pukul 4.15 balik sekali budak yang pergi kelas fardhu ain .. sebell !

allah .allah.allah ,!!! sedih dengar . aku plusplus bengang bila budak-budak dalam tu mencarut sedap ja . segala macam keluaq . kalau adek aku mau lama dah luruh gigi . astaghfirullah . sabo . sabo .

baiklah , aku bukan nak merendah kan martabat tuan punya kedai . tapi aku rasa tuan kedai itu perlukan nasihat dan bimbingan serta kaedah yang betul dalam menjalankan bisnes kedai komputer nih . apa yang aku kesalkan pemiliknya melayu beragama islam lagi . kalau pemilik cina memang aku tak hirau .

boleh buka kedai komputer tu , sangat aku hargai sebab memudahkan kami anak-anak taman selasih nih fotostat , print , search maklumat dan macam-macam lagi . sangat dialu-alukan . cumanya aku harap jadilah peniaga yang cakna . kalau boleh game-game yang tak membina tu dibuang jauh-jauh atau budak-budak bawah umur tu boleh main game hari cuti sekolah sahaja .

ya aku faham ,, "bila nak untung kalau macam tuuu ?" ..habis sebelum kau buka kedai nih kau memang target kau akan untung dengan kehadiran budak-budak yang main game di kedai nihh ? tak kan ? jangan risau laa..lagi baik cara kau berniaga lagi Allah buka peluang untuk kau boleh untung . in sha Allah lagi berkat dan bersih .

bukan aku nak bangkang atau apa-apa . tapi satu jaa aku nak minta ...tolong la cakna. cakna .cakna .budak-budak tu anak bangsa kau sendiri . saudara islam kau juga . kalau boleh memang aku nak cadang ja , tapi karang dya kata aku ni sebok pulak . hahhh .. diam lebih baik.. =,="

apa yang aku nak bagitau , kalau angpa nak buka kedai komputer jugak tolong la jadikan kedai angpa itu sebuah premis yang memberi manfaat semanfaatnya dalam erti kata sebenar . sekian .salam #

Sunday 19 May 2013

ini pon makanan itali jugak

ASSALAMUALAIKUM 

petang-petang macam nih aku teringat nak makan ja . aku tau angpa takkan ambik kisah pon kan ? jadi bagi menghilangkan nafsu makan yang mintak nak makan segala jenis makanan ,  aku pon pilih untuk membiarkan nafsu makan itu beralah dengan sendirinya . maaflah , tiba-tiba aku teringat pada sejenis makanan bernama "lasagne".

hasil pembacaan , aku mendapati lasagna ini merupakan makanan tradisional orang itali . kulit luar lasagna itu adalah sejenis tepung dan isiannya selalunya daging . segala jenis daging boleh bubuh . sebagai penambah perisa letak la sos , cheese ka . apa=apa lah . karang kalau crita pasal resepi nih kalah chef wan pulok . uhuk# .

al-kisahnya , aku makan lasagna (makanan orangputih) nih , masa kat asrama dulu . masa form 4 . saja la nak menerai . bagi tekak aku nih kenal dengan segala jenis makanan . aku kongsi lasagna tu dengan sorang kawan aku . dah la kami makan lasagna tu malam-malam .. memang mengah nak habiskan . lastly , lepas buat open table kat bilik study baru habis lasagna tu . 

bila bangun besok , aku tringat kat lasagna tu . itulah pertama kalinya aku makan lasagna tu . sampai sekarang aku masih teringat rasa lasagna tu . terliur den . aku masih mencari-cari tempat yang jual lasagna tu.tapi ntah aku tak pernah jumpa la pulak . tadak rezki la tu .



tunggu ada dapur sendiri ,baru aku nak try resepi lasagna ni . doa-doakan ;)

Saturday 18 May 2013

selangkah ke menara gading (bajet sangat) .

ASSALAMUALAIKUM.

pembaca yang sangat dihormati .
memandangkan kemarin merupakan tarikh keluarnya keputusan IPTA , jadi aku nak jugak la mencoret serba sedikit tentang keputusan itu .

memang aku dah pahat dengan kukuhnya bahawa tarikh 17 mei itu satu tarikh yang bakal menentukan kemana hala tuju aku lepas nih . sama ada terus belajar atau kawin teruss 8_8 . dengan penuh debaran dan ketakutan aku bukak fesbuk kemarin . kenapa mesti cek keputusan tu kat fesbuk ? kalau angpa nak tau , memang fesbuk tu la median aku nak tau apa-apa . komfom smua maklumat ada dlam tu .

tak payah la aku susah-susah + terhegeh-hegeh nak cari laman web sana sini . kan ke mnyenangkan aku ? ok . back to topic .. masa buka fesbuk tu ramai dah yang tahu dapat ipta mana. oh menn , aku lambatt !! tanpa buang masa aku pon klik la link yang dibekalkan kat situ ..

angpa pernah rasa ketaq macam nak luruh jantung ? tangan kaki jadi sejuk ? haa..series aku bagitau macam tu la aku rasa masa page tu tengah loading . 5 saat kemudian maka terpaparlah keputusan tu . kihkih . syukur.syukur . ya Allah (sila nyanyi dengan nada yang paling merdu) . 

Allah . lepas dah puas aku gelebek apa yang patot aku pon tanya la kawan-kawan lain . alhamdulillah ada yang hepi and ada yang kurang hepi . takpa kawan , rezki itu Allah dah susun cantik . mungkin bukan sekarang , nanti-nanti ada punya . percayalahh . 

Jadi aku dengan hati berbunga-bunga search la sikit apa yang patut . tanya senior aku yang mana dapat sama course ngan aku tu . bertambah syukur lagi sebab ada sorang sis nih memang terbaik . sis nih la bagitau aku sedikit sebanyak macam mana flow dalam course tu .

biar gambar berbicara .


haha . kembung perut aku telan air liur . sis tu kata subjek law nih enjoy sikit kalau kita minat . kalau tak minat kena asah juga minat tu sampai kita minat seminat-minatnya . (cuba ulang banyak kali . macam pelik pulak )

tak kisahlah belajar kat mana pon . kita tetap di bawah langit yang sama dan apa yang kita tuntut tu ilmu Allah jugak . bukan ipt mana kita belajar yang tentukan kejayaan kita . diri sendiri yang tentukan . semoga Allah berkati ilmu ini. Doakan aku .

aku masih pegang kata-kata yang kawan aku pernah text aku suatu masa dulu .
Give your life mumtaz in result ., get a good hardworking , a better thinkful , best fruitage and don't give up ! Bukan semata-mata kerana kejayaan tapi mulianya jika BERILMU "
memang aku terkesan . sampai ke saat ini . ya sampai di saat aku menulis entry nih aku masih teringat-ingat kata-kata itu . sunguh bermakna .aku harap angpa pon ada jugak kata semangat yang boleh angpa jadikan terapi or rahsia kejayaan atau batu loncatan untuk angpa terus berjaya . tak gitu ?

aku memang suka bajet macam seorang pakar motivasi yang berjaya dan terkemuka di abad ini . mohon doa dari angpa semua . sekian <3

Friday 17 May 2013

pengalaman itu tidak boleh dijual beli

ASSALAMUALAIKUM .

mungkin beribu-ribu calon temuduga ipg dah update pasal mereka punya pengalaman ke temuduga tu . lantak la . itu mereka punya cerita . tidak sama dengan cerita aku . aku antara calon yang dapat intebiu untuk hari terakhir iaitu 16 mei 2013 #

yang aku tak sangkanya aku dapat dekat ulu kinta ipoh,perak . kembali ke tanah tumpah darahku . baru tmuduga dah bisinggg !kihkih..walaupun kampus tu agak jauh dari kedah tapi tak jadi masalah sangat sbab aku ada sepupu yang boleh bawak aku pergi sana dan ada sedara yang tinggal di sana . Allah permudah tu . Alhamdulillah .

wuuuuuu..sekian lama tak ke ipoh merasa jugak tahun nih... nama ipg aku tu institut perguruan kampus ipoh , ulu kinta . cantik ke tak? pada pandangan aku la,biasa-biasa saja . ok la . tp kalau aku dapat sana , mungkin boleh kurus sebab kena panjat bukit tinggi . hoihoi .

macam biasa ujian insak pukul 8.30 . sama macam orang lain jugak . tapi mula-mula sampai aku lupa aku kena bilik nombo brapa ntah, nasib baik ada tulis kat surat tawaran tu . bilik B . macam biasa jugak ada 4 group dan aku grup yang pertama . 9.30 pagi start inteviu . spatutnya it's gonna be 7 hingga 6 orang tapi grup aku 4 orang je . yang 2 orang lagi tak datang . jangan tanya kenapa .sebab aku pon tatau .

syukur . tak ramai . dan lagi syukur semua perempuan . dan lagi-lagi syukur semuanya baik + peramah + tak sombong langsong . seronok dapat kenal depa . apa lagi aku teros mintak nombo fon ngan nama fesbuk . haa dalam group aku tu ada sorang "orang asli" .. etnik jakun-pahang . seee!!! kartini nama dya . tahniah orang asli pertama yang pernah jadi kawan aku . <3

masa inetviu pon santai ja . mula-mula aku ckap formal . tapi tesekat-sekat jugak .haha . lpas tu aku bantal je cakap kedah + KL+ baku . bajettttttt .. semuanya lancar . ada seorang penemuduga tu dya cina . mungkin nanti beliau la yang nak inteviu untuk bahasa mandarin . my first impression toward her is "nampak macam series ja..abis la aku " ..bukan aku ja yang rasa cemtu tapi geng-geng aku yang lain pon rasa cemtu . mungkin sebab awal-awal tu beliau seriess..tapi sebenarnyaa salah tanggapan aku tu . beliau sangat ramah dan comel =) . baik ja . memandai je aku kata beliau garang !

alah .tak lama pon aku inteviu tu . dalam 30-40 minit ja .sembang punya sembang dah habis temuduga tu . syukur . tak la serumit yang aku bayangkan . haa .. lupa nak bagitau nama kawan baru aku tu ... mula-mula kartini (from ulu kinta jgak) . rumah dya dekat ngan kampus tu . farihin (penang) . hanisah (bagan serai)..yeaayyy .. mereka bestt !

alhamdulillah .kalau ada rezeki ada lah ipg tu . dapat jugak aku kutip pngalaman tmuduga ipg nih . lepas habis aku pon singgah sebentar di kuala kangsar . melawat mana yang patut . haa..angpa nak tau opah ngan atok pon aku hangkut skali pegi temuduga tu . =) opah tnya aku bawak beg roda ke ? haa ? opah ingat aku nak pi balajar kat ipg tu -_- . baru inteviu la opah !


inilah sedikit sbnyak gmbar kat ipgk , ipoh ulu kinta .
inilah masjid ubudiyah , kuala kangsar perak . singgah sembahyang sini . masjid ni tersenarai dalam masjid tertua malaysia.
sekitar masjid . aku suka pintu tu .tinggi . warna putih tuu ..yang gambar 2nd last tu ruang rileks-rileks sbolm smbhyang atau selepas smbhyang perempuan .
tengok laa ejaan masjid tu . tak tahu lah tong sampah tu tahun bila punya .
air pancut sebelum masuk masjid . suis emas . chandelier yang cantik .
memang cantik . binaan pon klasik . kalau datang kuala kangsar rugi tak singgah sembahyang sini .

sekitar kuala kangsar jugak . singgah makan .
Dalam perjalanan balik . singgah umah sedara atok . rumah tua sebab rumah tu peninggalan moyang kepada moyang . maksonya rumah tu rumah lama . kayu pon jenis lama .
syukur.selamat pergi selamat pulang . in sha Allah , temuduga ipg tu jadi kenangan untuk aku .

"Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga."

Sunday 12 May 2013

tak sangka la pulak mak pon tau .

ASSALAMUALAIKUM 

ya , setiap malam ahad pukul 11 malam kebiasaannya aku akan terpacak depan tv. tidak kisah walaupon tak berteman . memang sudah biasa aku tengok tv sorang-sorang .

masuk kali ini sudah dua kali vanila coklat diulang tayang . tapi malam ni entah kenapa aku lupa cerita tu akan mula pukul 11 .

"eh , dayah cerita ni..." aku pon tengok .. "vanila coklat.."mak aku kata .. owh . yaa hampir ja aku terlepas.. 

vanila coklat . zara .amir

arghh .  taak sangka rupanya mak perasan keterujaan aku bila ada crita tu .

listen me . actually your mom always concern about you sama ada angpa sedar atau tak . appreciate her .

siapa yang aku perlu layan dengan sebaik-baiknya ?
ibu .
kemudian siapa ?
ibu .
kemudian siapa ?
ibu .
kemudian ?
ayah . 
sekian .

Saturday 11 May 2013

makanlah , kalau tak sedap jangan merungut .

ASSALAMUALAIKUM 

manusia dan makan memang tak dapat dipisahkan . cumanya yang membezakan banyak mana seseorang itu makan , berapa kali orang itu makan dan jenis lauk apa yang dia makan . orang cakap masakan ibu paling sedap . ya aku akui itu walaupun kek yang mak buat taklah sehebat secret recipe tapi aku tetap nobatkan mak aku dan mak angpa yang paling hebat . mak kita lah senang .

tapi tu bukan tujuan asal aku nak menulis blog hari nih . ada benda lain yang lebih mustahak dari tu . sangat mustahak . bilamana angpa berhadapam dengan makanan yang nampak sungguh menyelerakan tapi hakikat rasanya yang tidak seperti rupa . boleh faham kot ? terus terang cakap rasa tu tak sedap bila selamat mendarat dalam anak tekak .ya Allah rasa nak riau pon adaa.. sebab tu orang cakap jangan ingat makanan yang dihias cantik tu sedap . sebenarnya nasi putih + telur goreng + kicap tu pon dah cukup lazat !! series cakap !

ok . back to topic . apa yang angpa akan buat ? selalunya kita akan rasa benda yang sama cuma cara mengekspresikan itu yang berbeza . sama ada kau nak cakap staraight depan makanan tu atau kau diam dan dengan penuh usaha+semangat+keazaman+kesedihan yang kuat kau habiskan makanan tu .

ya . tak di nafikan kadang-kadang mulut nih lancang ja cakap makanan tu macam ketul batu la , arang la, ikan hanyir laa and  macam-macam lagi ,tapi sedarkah itu sebenarnya membuatkan kita lupa bersyukur dengan rezki Allah .ya aku faham kadang-kadang kita tak boleh control rasa tak puas hati sebab makanan tu tak sedap cumanya cara kita nak menuntut hak sebagai "pemakan" biar berhikmah .

semalam mak aku pergi pasar malam dan mak aku beli "yongtaufu"..yang seafood campor-campor tu . alahaii mak orang tak suka makanan nih . tapi aku makan juga sikit . tapi series cakap yongtaufu tu bukanlah makanan yang jadi pilihan antara banyak makanan yang lain . #tolonglah bersyukurr ! =,="

"Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa : “Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin baginda meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

sudah-sudahlah merungut tu kawan (untuk aku juga). kalau ada selera , jamahlah makanan tu . kalau rasa tak  nak makan atau tak minat dengan hidangan tu , tinggalkan .  tapi kalau dah termakan dan rasanya tiba-tiba menyekat selera , berusahalah untuk habiskan yer . man jadda wa jada =)

sekian .



Friday 10 May 2013

makan jemaah itu ada barakahnya .

ASSALAMUALAIKUM 

aku selalu dengar orang-orang tua cakap kalau makan ramai-ramai nih bertambah selera . tapi bagi aku makan sorang pon sangat menyelerakan . kihkih . aku dan bab makan-makan nih memang tak dapat dipisahkan dah macam isi dan kuku . mau taknya makan tu rutin harian yang wajib dalam hidup aku . tak dak hari yang aku tak makann . wuuuuuuu =)

cerita bab makan nih , aku teringat pada sang sepupu yang kini bersekolah di asrama sekolah agama. dah sekolah agama mestilah tarbiahnya pon lebih praktikal dan bukan sekadar teori . nak dijadikan cerita , suatu hari mereka di suruh untuk makan berjemaah . then ,apa masalahnya ? yang menjadi masalah kepada sang sepupu ialah mereka kena makan dalam talam seramai 4 orang katanya . aku pon jawab "laaa ? bestla makan ramai-ramai"..berdasarkan pengalaman aku dulu makan dalam talam . sang sepupu pon bagitau sebenarnya dia geli . entah , setiap orang berbeza citarasanya .

sebenarnya , makan secara berjemaah itu lebih barakah .teringat masa sekolah dulu . setiap masa rasanya aku makan berjemaah nih . mula dari breakfast , lunch , makan petang , makan malam sampai la ke supper.jarang la makan sorang-sorang . memang best . tambahnya pulak aku nih jenis yang suka tengok gaya orang makan dan akan menirunya semula . kihkih . macam-macam "pesen" gaya orang makan nih . ada yang jenis suka gaul nasi sekali dengan kuah sampai rata semua . ada pulak yang nasi letak sebelah lauk letak sebelah . kalau aku gaya yang mana satu ? hah ! biarlah orang yang tahu ja tahu .. 8_8
"Berjama'ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya,nescaya akan mengandungi berkah bagimu " (silsilah hadis-hadis sohih no.664)
hadis ini dikhabarkan Rasulullah berkenaan dengan seorang yang datang kepadanya dan berkata :
"Wahai Rasulullah , kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang . Maka Rasulullah berkata : pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri . Dia menjawab : Benar ya Rasulullah . Rasulullah berkata : Berjama'ahlah dalam menyantap makananmu . "
kalau dapat nih nak makan jemaah ka sorang ? 

mulakan dengan bismillah dan doa makan . aku pasti antara doa yang selalu dan senang di hafal oleh orang islam nih ialah doa makan . dijamin # bagi sapa-sapa yang terlupa baca doa makan dan tiba-tiba teringat masa tengah makan bacalah "bismillah hi awwaluhu wa akhiruhu" ..sekian . terima kasih .



Thursday 9 May 2013

terimalahhhh .

ASSALAMUALAIKUM 

Good Friends are Hard to find,

harder to leave,

and impossible to forget.

 aku percaya bahkan yakin setiap daripada kita mempunyai teman rapat , best friend atau istilah islamiknya sahabat dunia akhirat . satu benda yang aku juga percaya , dalam persahabatan itu mesti ada perbalahan , bertentang pendapat walaupun hanya sekali dua . biasalah , dalam persahabatan mesti ada warna-warninya . tak selalu indah tapi selalunya buat kita bahagia.

setiap kita mengimpikan untuk mendapat seorang sahabat yang memahami kita seadanya . once kita dah dapat tu in sha Allah hubungan tu akan kekal sampai akhir hayat . macam aku sekarang , aku hanya pernah alami dua stage persahabatan iaitu di sekolah rendah dan sekolah menengah . tapi sekolah rendah tu angpa sniri boleh faham , persahabatan tu boleh disamakan dengan "persahabatan monyet = cinta monyet " pandai la aku cipta istilah -_- ' . what i mean by persahabatan monyet is kita bersahabat gaya budak-budak lah . tapi bila dah terpisah masa sekolah menengah persahabatan tu pon berakhir .

tapi tak jugak , ada ja yang kawan dari skolah rendah , sekarang sampai dah ada anak cucu pon boleh lagi jadi saahabat . macam aku ada sahabat baik dari skolah rendah , and now alhamdulillah we are still contact .
dengan bantuan en mark zuckeberg aku jumpa balik kawan-kawan aku tu .

stage persahabatan kedua is persahabatan sekolah menengah . skali lagi angpa akan mencari orang-orang yang boleh dijadikan sebagai sahabat . tapi bagi aku untuk mencari sahabat yang betul-betul sahabat itu payah . huhhhh ==".situasi tu sama macam aku nak selesaikan edmet yang ntah bila akan selesai 8_8
aku punya persepsi sendiri dalam menilai orang yang aku kata sebagai sahabat . ala-ala psychologist gitu kau!!! tapi sahabat sekolah menengah nih la yang akan terus aku berhubung walau mata tak bertentang , bicara tak bersuara . kihkih .

"habis kau nak nilai orang , kau rasa kau bagus sangat ?" . oh noo ! sama sekali tidak . aku tak pernah meletakkan diri aku di tahap terbaek sehingga melayakkan aku dinobat sebagai sahabat mithali . tidak sama sekali . sebabnya aku bukan manusia sempurna. itulah , masa yang berganjak nih menjadikan aku dewasa untuk berfikir...sedangkan aku nih sendiri tidak sempurna , buat apa aku nak mengharapkan orang lain sempurna untuk aku.perrrgggggghhhh .kalau macam tu la gayanya tadak kawan la akuu sampai kesudah .

natijah dari pembebelan aku kat atas tu ialah suatu saat nanti kau dan aku akan berjumpa dengan orang baru.hehhh ! bukan kes dapat anak la !maksud aku kawan baru . janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan dan mengimpikan orang itu menjadi sama macam sahabat angpa dulu . lain orang lain bentuknya , rasanya , warnanya . belajar untuk terima .

chill laa ! haha .. aku sekarang tengah fikir pasal campus life # sekian terima kasih .

Sunday 5 May 2013

negara demokrasi .

ASSALAMUALAIKUM 

tahun ini pertama kalinya dalam hidup aku rasa bahang PRU . kalau 5 tahon sblom nih aku seakan tidak mengerti apakah kepentingan undi mengundi  ini .

namun, berbekalkan laman sesawang mukabuku tu banyak sangat yang aku baru tahu . selalunya hal-hal tu takkan tersiar di kaca televisyen . ishh..ishh..ishh..

pemimpin yang dipilih biarlah pegangannya Al-Quran dan As-Sunnah . aturannya berlandaskan syariat islamiyah . bukan rakyat yang dikhianat dan diperguna.


Kalau ada rezki . PRU -14 nanti . 


Wednesday 1 May 2013

hari .........

ASSALAMUALAIKUM 

rugi kalau aku tak catat antara moment-moment indah dalam hidup aku . di usia ini bukan lah pasal kawin , boypren , gepren yang aku nak cerita . tapi it's just about yesterday . alahh .. hari anugerah ja pon . "nak bangga lettuw..bOOoooo.." dak aih . bukan la. aku nak cerita apa yang jadi sekitar hari anugerah kemarin . 

sesampainya di sekolah , aku merupakan orang yang agak awal . bukan aku sorang la . ada 3 orang yang datang sekali aku . nak drive sendiri , tak mampu beb ! ternampak la beberapa orang sahabat yang datang dengan motosikal . kemaihh aih angpa !

ok . tanpa membuang masa aku pon pi laa daftar diri kat kaunter depan dewan . mak aihh pengawas-pengawas yang jaga tu junior I laa . pakat salam .. yuhuuuuu .. malu I . haha.. stop poyoosss here !!
depa bagi buku tentatif program . ada pa dalam buku tu ? ada nama-nama orang yang dapat anugerah . tu jaa . tak sampai 5 minit pon aku dah abis khatam . 

for your informationn , meja pendaftaran tu dijaga oleh cekgu-cekgu ya . doubletriple malu nak pi tayang muka kat situ . oh menn . malu . malu . bukan apa cikgu-cikgu kata aku nih dah nampak sebaya depa dah . eh , bukan aku sorang , kawan aku yang lain pon dilabelkan begitu . nasib laarr . 

dah daftar , aku pon ambil la angka giliran untuk berator ambil hadiah nantii . beratus-ratus juga nombo aku tu . seterusnya masuklah ke dewan . dah ramai waris dalam tu . pengawas yang bertugas pon bagitau kat kerusi tu ada nombor . ikut nombor yang dapat masa daftar tadi .

weyhh .. stategikkk aih tempat aku . dekat dengan kipas dan agak hujung ketepi pintu dan agak jauh dari pentas dan chif-chif terhormat . heaven sat . sebelah aku ex-klasmet yang duduk sebelah aku dalam kelas . hahh .. lagi sakan-sakan laa . 

"mengumukan ketibaan yang berhormat , diiringi tuan pengetua smk ........masuk ke dewan " (sila baca persis anda sedang mengacarakan majlis perhimpunan ya !)
lama kot tak masuk perhimpunan macam nih .  kekok la konon . buka majlis dan nyanyi lagu megaraku .
what ? lupa lirikkkk ? baik kau keluar dari malaysia nih . tadak la sampai over terok tak ingat lirik . mulut kumatkamit,sora tak keluar pon -_-

dah nama majlis formal , jadi wajiblah ada ucapan dari tetamu jemputan dan tuan pengetua . rata-rata tekun mendengar termasuklah aku . tibalah saat yang dinantikan persembahan nasyid dan qasidah . damn miss !! apapon sangat awesome lah . tahniah . tahniah .

apa lagi , dah abis semua persembahan sampai la acara bagi hadiah . ramai weiyh . tak tertepuk . seronok aih tengok kawan-kawan aku pakat dapat hadiah . anugerah tokoh segala bagai . tahniah . tahniah . 
lama jugak la nak tunggu semua dapat anugerah tu . 

haa..ada juga anugerah untuk cekgu-cekgu . memang layaknya semua cikgu-cikgu mendapat anugerah dan pengiktirafan sebegitu. tanpa mereka siapa aku ! terima kasih cikgu , ustaz , ustazah , ticer , sir . tak terbayar.hanya doa sebagai penghubung kasih . semoga Allah merahmati kalian sepanjang hayat .

_____________________________________________________________________

tamat la acara hari semalam . syukur tak terhingga . lagi speselnya aku dan kawan-kawan yang bergelar     X-students dijemput makan kot skali waris dan guru-guru . seronoklahh . dulu aku tak dapat buat macam tu.sekarang boleh . ngehngehngeh . sedap aih . trima kasih skali lagi !

syukur . smoga anugerah nih menjadi batu loncatan untuk aku dan kawan-kawan yang lain untuk terus menggarap kejayaan masa akan datang . in sha Allah . bersyukurlah dengan kejayaan ini .

alhamdulillah .

"sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti kami akan menambah nikmat kepadamu , dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku , maka sesungguhnya azabku sangat pedih.." (surah ibrahim ,7)

ini merupakan suasana di dalam dewan . sementara tunggu majlis mula , baca la sat buku program , belek-belek majalah sekolah .

nih suasana kat dewan terbuka . berator ambil makanan . sedap . dok dalam DewanUtama lama tadi, dapat makan free memangg terbaekk la . 
selesai majlis , hahhhh ,,tunggu lagi .bersama para guru yang banyakbanyakbanyak tolong atas kejayaan ini
syukran jazilan atas bukunyaa ya pihak sekolah =)

Sunday 28 April 2013

aku nak .


kek lapis keju kukus...

bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dah siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis

SELAMAT MENCUBA .

macam sedap -_-

Friday 26 April 2013

satu per tiga malam

ASSALAMUALAIKUM 

secara terus terang di saat entry ini ditulis aku sebenarnya berada dalam zon keboringan yang sangat melamapau-lampau . ya Allah . tuhan ja yang tahu . aku bajet pukol 9 nak tgok la tb3.. tuptup crita len pulak yang kluar . oh maiii -_- mana "sebenarnyasayaisteridya" ?? 



redha . disebabkan aku nak tulis jgak blog malam nih , aku pon memaksa otak ini untuk ingat balek apa peristiwa yang aku boleh jadikan modal bercerita . pikir punya pikir aku pon tringat la perpustakaan sekolah.
tapi aku bukan nak cerita keindahan dan kemajuan perpustakaan sekolah aku tuu,cumanya peristiwa tu berlaku di perpustakaan .

aku ingat lagi masa tu aku tengah membajet baca buku kat bilik tayangan . bilik tu kan ada meja jepun dan aku selesa nak besila + lunjur kaki .suka hati la nak buat apa pon . tadak orang time tu . masa tu aku dengan sorang sahabat . masa tu trial spm ,jadi aku tak suka suasana bising-bising walaupon aku nih pencetus segala kebisingan . time preksa ja aku tak suka bising , waktu lain takpa . 

tengah rancak dok baca buku , tiba-tiba pembantu perpustakaan atau mesranya aku panggil pak lang masuk la bilik tayangan tu . dia bawak penyapu ngan penyodok . aku pon paham la pak lang nak sapu bilik tu . tapi pak lang tak halau aku keluar . nasiibbbb . pak lang yang memang ramah tu tanya la kat aku . macam mana pereksa ? boleh jawab ? soalan biasa la kan ? tadak la menggugat jiwa nurani . aku pon kata la in sha Allah ok KOT ..pak lang gelak ja ..dya paham la tu .

ok . keadaan sunyi balek . teruskan study . bajet disitu ya ! tiba-tiba pak lang besuara lagi . katanya pada kali nih lebih pada nasihat la . pak lang kata blajaq elok-elok . banyak berdoa . rajin qiyamullail . *sentap kak dik oiii ~
qiyamullail tak selalu pon takpa. buat sminggu skali . tak pon masa balek kampung . 2 minggu skali kaa..asalkan buat jgak dalam sebulan tu . 

bukan apa,waktu yang paling baik kan di pertiga malam . in sha Allah , kalau kita berdoa time tu pon jadi mustajab . lagipon tu kan time sunyi lagi lagi boleh feeling . muhasabah diri . aku teringat perumpamaan yang pak lang bagi ..
"isi ikan yang paling berkhasiat tu banyak kat tengah-tengah laut , nak tangkap pon kena ada kapal besar . alatan pon kena lengkap . contohnya macam ikan salmon . tak macam ikan yang kita boleh tangkap tepi sungai tu . kandungan khasiat dya tak sehebat ikan salmon"
sama laa macam qiamullail tu..kan qiamullail nih waktunya sepertiga malam so , nak bangun pon agak eerrr..liatt weiyhh .. tapi skali kita dah dapat buat qiam tu in sha Allah kita dah dapat satu waktu yang terbaik untuk berdoa . iyo dak ?

terliur aku tengok isi ikan salmon nih . bakor pon sedap ~

tapi bila-bila masa pon kita boleh berdoa . tak semesti kena qiam baru nak doa sungguh-sungguh. tidak.tidak.tidak !! bila-bila masa ja boleh doa . sedangkan kata-kata itu juga merupakan satu doa . jadi,,,kata lah yang baik-baik .


okey lah .sampai snih ja . salam =)