Sunday 26 May 2013

bisikan yang mendorong kebaikan dan sebaliknya

ASSALAMUALAIKUM 

aku masih lagi berada dalam suasana yang hening memikirkan perjalanan hidup yang semakin mencabar.itulah namanya hidup. 

okey , hari ini aku nak kongsi pasal satu topik yang bertajuk "bisikan ". aku ambil  info ni dari tv3.al-hidayah. setiap hari jumaat pukul 1.00 macam tu laa .


dari apa yang aku dapat , bisikan ini ada 2 iaitu bisikan rabbani dan bisikan syaitani . aku rasa angpa mesti boleh beza kan mana satu bisikan yang baik dan mana satu bisikan yang tak baik . ya ya . mestilah rabbani itu bisikan baik . syaitani ? uiishh .. ada iras-iras syaitan kat nama pon dah boleh agak..sudah terang-terang itu bisikan yang tidak baik .

siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan bisikan-bisikan ini ?
berdasarkan apa yang aku tahu melalui al-hidayah itu ,  bisikan rabbani itu diilhamkan dari malaikat yang sentiasa mendorong kita untuk melakukan kebaikan dan  ketaatan kepada Allah . manakala bisikan syaitani itu berpunca daripada syaitan-laknatullah yang sentiasa menghalang manusia untuk berbuat kebaikan, nau'zubillah .

kalau nak lebih faham , aku bagi senario yang aku pasti angpa pon pernah laluinya ..
  1. suatu hari , tiba-tiba kau tergerak hati nak sembahyang subuh berjemaah kat masjid walaupun selama ni kau jarang-jarang sembahyang subuh kat masjid . yessssss ..itu adalah satu bisikan yang menggerakkan kau untuk berbuat baik .
  2.  suatu hari ada orang mintak sedekah , dan kau tergerak hati nak bagi 5 ringgit .kau memang seorang yang suka bersedekah tapi selau kau bagi seringgit ja.yessssssssssss itu jugak bisikan rabbani .
penambahan , kalau angpa dah rasa  untuk berbuat kebaikan itu , terus saja buattt .tak payah nak fikir 234567 kali . sebabnya syiatan tu cerdik .dalam angpa nak buat baik dya pon akan segera membuat lintasan dan mengatakan tak payahhh laaaa..sebab tu kalau kita dah buat kebaikan tu .teruskan saja .

contohnya , macam sembahyang subuh di masjid tadi , kalau angpa pikir 23456 untuk pergi atau tidak maka syiatan akan berkata "alahh , tak payahlah sembahyang kat masjid subuh nih , nanti maghrib pon boleh lagi"..haa lebih kurang macam tu la..bisikan tu tak nampak jahat sangat tapi dya menghalang kita untuk buat baik.boleh fahamm ?

berbalik pula pada bisikan syaitani .. senarionya pula begini..

  1. ternampak sampah atas jalan , tiba-tiba hati terdetik "alah tak apa.nanti ada orang lain boleh kutip".
  2. terlihat dompet kawan yang banyak duit dalamnya..hati berbisik " ambil laa duit tu , setakat 5 ringgit kawan kau tak perasan punya .."
hahhh..lebih kurang laa..syaitan nih banyak perangkapnya . kadang-kadang kita dah nak kutip sampah kat atas jalan tu (merujuk situasi di atas)..disebabkan fikir 8765432 kali , maka syaitan pon mencelah . allah.allah

itulah , lepas nih kalau dah terlintas nak buat kebaikan itu , terus ja buat sebabnya Allah hantar malaikat untuk mendorong kita buat kebaikan itu . tapi andai kata bisikan syaitani menguasai diri cepat-cepatlah sedar dan segeralah beristighfar..astghfirullahala'zim..

2 comments:

LIFE said...

betoi laaa... nampak macam tak jahat sgt bisikan tuu...wuuu~
nice information !

Unknown said...

cerdik syaitonn nihh ..

Post a Comment