Saturday 11 May 2013

makanlah , kalau tak sedap jangan merungut .

ASSALAMUALAIKUM 

manusia dan makan memang tak dapat dipisahkan . cumanya yang membezakan banyak mana seseorang itu makan , berapa kali orang itu makan dan jenis lauk apa yang dia makan . orang cakap masakan ibu paling sedap . ya aku akui itu walaupun kek yang mak buat taklah sehebat secret recipe tapi aku tetap nobatkan mak aku dan mak angpa yang paling hebat . mak kita lah senang .

tapi tu bukan tujuan asal aku nak menulis blog hari nih . ada benda lain yang lebih mustahak dari tu . sangat mustahak . bilamana angpa berhadapam dengan makanan yang nampak sungguh menyelerakan tapi hakikat rasanya yang tidak seperti rupa . boleh faham kot ? terus terang cakap rasa tu tak sedap bila selamat mendarat dalam anak tekak .ya Allah rasa nak riau pon adaa.. sebab tu orang cakap jangan ingat makanan yang dihias cantik tu sedap . sebenarnya nasi putih + telur goreng + kicap tu pon dah cukup lazat !! series cakap !

ok . back to topic . apa yang angpa akan buat ? selalunya kita akan rasa benda yang sama cuma cara mengekspresikan itu yang berbeza . sama ada kau nak cakap staraight depan makanan tu atau kau diam dan dengan penuh usaha+semangat+keazaman+kesedihan yang kuat kau habiskan makanan tu .

ya . tak di nafikan kadang-kadang mulut nih lancang ja cakap makanan tu macam ketul batu la , arang la, ikan hanyir laa and  macam-macam lagi ,tapi sedarkah itu sebenarnya membuatkan kita lupa bersyukur dengan rezki Allah .ya aku faham kadang-kadang kita tak boleh control rasa tak puas hati sebab makanan tu tak sedap cumanya cara kita nak menuntut hak sebagai "pemakan" biar berhikmah .

semalam mak aku pergi pasar malam dan mak aku beli "yongtaufu"..yang seafood campor-campor tu . alahaii mak orang tak suka makanan nih . tapi aku makan juga sikit . tapi series cakap yongtaufu tu bukanlah makanan yang jadi pilihan antara banyak makanan yang lain . #tolonglah bersyukurr ! =,="

"Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan bahawa : “Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang dihidang), jika baginda berselera baginda memakannya dan jika baginda tidak ingin baginda meninggalkannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

sudah-sudahlah merungut tu kawan (untuk aku juga). kalau ada selera , jamahlah makanan tu . kalau rasa tak  nak makan atau tak minat dengan hidangan tu , tinggalkan .  tapi kalau dah termakan dan rasanya tiba-tiba menyekat selera , berusahalah untuk habiskan yer . man jadda wa jada =)

sekian .



2 comments:

LIFE said...

dont judge food by its cover . Ya . Lasagne yang serabot tapi sedap !

Unknown said...

haha..bersyukur Alhamdulillah~~

Post a Comment