Friday 24 May 2013

jeritan suara hati .

ASSALAMUALAIKUM 

di saat nih , aku sedang sibuk menguruskan borang-borang untuk hari pendaftaran yang bakal tiba . buat awal-awal senang nanti tak kalut + kelam-kabut + tetinggal itu ini .. PJ ke kulim bukan 15 minit perjalanan yaa !! jadi semuanya harus beres . tiada satu pon yang boleh tinggal . aku tahu satu benda yang abah akan tanya waktu dalam kereta sebelum keluar rumah . "ade lagi bende tetinggal ? check cepat .. nnt dah keluar nih takde patah-patah balik dah ".. masa aku sekolah baling dulu la . haha .

okeylah . disebabkan banyak benda yang yang kena print , aku terpaksa lahhh pergi ke pusat komputer kat taman aku tu untuk print . masa-masa genting nih la encik printer nak buat prangai . ink kaler tak dak . tapi aku tengok botol sebelah tu penuh ja . hah . ujian . ujian.

dah sampai kedai aku tengok semua PC penuhh ! masa tu pukul 3.00 petang . masalahnya penuh dengan budak budak dbawah umur . alah budak-budak darjah 3 4 5 6 . apa yang depa buat ?? tak payah tanya.angpa pon mesti tau . main game !! laa..lantak laa duit mak bapa depa yang habis .. ok , aku tak kisah duit sapa yang habis , yang aku kisah semua budak-budak dalam tu generasi rabani yang bakal memimpin negara islam nih . lagi satu , ustaz kelas fardhu ain aku pernah bagitau yang budak-budak banyak ponteng klas. depa pi mana ?? pi main game kat kedaii nihh laa . bukan buruk sangka . setelah diselidik budak-budak akan pergi kedai pukul 3.00..pukul 4.15 balik sekali budak yang pergi kelas fardhu ain .. sebell !

allah .allah.allah ,!!! sedih dengar . aku plusplus bengang bila budak-budak dalam tu mencarut sedap ja . segala macam keluaq . kalau adek aku mau lama dah luruh gigi . astaghfirullah . sabo . sabo .

baiklah , aku bukan nak merendah kan martabat tuan punya kedai . tapi aku rasa tuan kedai itu perlukan nasihat dan bimbingan serta kaedah yang betul dalam menjalankan bisnes kedai komputer nih . apa yang aku kesalkan pemiliknya melayu beragama islam lagi . kalau pemilik cina memang aku tak hirau .

boleh buka kedai komputer tu , sangat aku hargai sebab memudahkan kami anak-anak taman selasih nih fotostat , print , search maklumat dan macam-macam lagi . sangat dialu-alukan . cumanya aku harap jadilah peniaga yang cakna . kalau boleh game-game yang tak membina tu dibuang jauh-jauh atau budak-budak bawah umur tu boleh main game hari cuti sekolah sahaja .

ya aku faham ,, "bila nak untung kalau macam tuuu ?" ..habis sebelum kau buka kedai nih kau memang target kau akan untung dengan kehadiran budak-budak yang main game di kedai nihh ? tak kan ? jangan risau laa..lagi baik cara kau berniaga lagi Allah buka peluang untuk kau boleh untung . in sha Allah lagi berkat dan bersih .

bukan aku nak bangkang atau apa-apa . tapi satu jaa aku nak minta ...tolong la cakna. cakna .cakna .budak-budak tu anak bangsa kau sendiri . saudara islam kau juga . kalau boleh memang aku nak cadang ja , tapi karang dya kata aku ni sebok pulak . hahhh .. diam lebih baik.. =,="

apa yang aku nak bagitau , kalau angpa nak buka kedai komputer jugak tolong la jadikan kedai angpa itu sebuah premis yang memberi manfaat semanfaatnya dalam erti kata sebenar . sekian .salam #

2 comments:

LIFE said...

yeah...! setuhu sangat. masyarakat kita kini kurang cakna

Unknown said...

hadoii..fikir nak untung jaa .. allah

Post a Comment