Saturday 25 May 2013

tiada kata , hanya tinta .

ASSALAMUALAIKUM

memandangkan ramai kawan-kawan aku yang bakal angkat kaki dari kedah nih , so aku pon takmau ketinggalan untuk ucap selamat jalan dan selamat berjuang . tiada lagu untuk aku dendangkan , tiada sajak untuk aku dekleamasikan , tiada tarian untuk aku persembahkan . yang ada cuma doa dan harapan supaya kita sentiasa berjaya dan mencapai cita-cita yang diidamkan .biiznillah .

ingatlah , kita belajar ini bukan semata-mata untuk beroleh pangkat yang tinggi , gaji yang lumayan , sanjungan yang takputus-putus , tapi kita belajar atas dasar kewajipan untuk menimba ilmu . tidak kisahlah ilmu apa yang kau akan belajar selepas ini. tapi tuntutlah ilmu itu sebaik-baiknya .

bak kata imam syafi'e .. "kalau kau tak tahan lelahnya menuntut ilmu ,maka kau akan derita menanggung kejahilan " .. allah . aku faham . hanya orang yang kuat mampu berlawan dengan kemalasan itu . siapa orang yang kuat tu ? angpa lah .kita in sha Allah . doa-doakan .

kata cikgu-cikgu dulu, ilmu yang ada biarlah diamal jika tidak semuanya seperti pokok yang tiada buah . rugii kann ? selalu aku dengar ja lagu C.U.D.IPT , tapi nanti kita see betoi-betoi la nowh . overrrrrrr -_-bukan aku tak pernah tinggal jauh dari family , cumanya jauh aku dulu terkawal , dikawal dan mengawal =,=" . tapi sekarang ,pandai-pandai la aku nak hidup. makan pon kena beli . selalu masuk ja dewan makan .. beratoq ..cedok nasi+lauk ..duduk..makan .. ambik la bnyak mana pon .harga tetap sama .. nantii ?? semakin banyak lauk yang diambil semakin ramai fulus yang terpaksa dikeluarkan . (lama tak buat hipotesis)..oh duet $$$$$

baju ? dulu maroon sentiasa , sekarang pandailah kau nak macing-macing tudung dengan baju kau tu yer . pi kelas ?haha .dulu tak pergi kena denda .(cikgu ambil berat :')tapi lepas nih ..ikut kau la .nak pergi ke tak nak itu bukan urusan lecturer .. alahai pandai-pandai jaga diri . aku sembang macam aku nih dah senior ? hahaha!!

btw , minta maaf sebab banyak buat salah sepanjang kita kenal. al-maklum, mulut tak ditapis begitulah jadinya :3 .kata-kata dan perilaku yang mengguris atma..percayalahh kalau waktu tu boleh aku putar balik,aku akan menjadi sebaik mungkin...in sha Allah .. tak apa lah ,yang lepas jadikan pengajaran..semoga aku akan jadi lebih baik di alam IPT ini pulak.

doakan aku . bahasa inggeris aku . errrr. (english why U are so importantt ? ) 

sebagai menggulung apa yang aku katakan di atas,semoga kita semua beroleh kemenagan di dunia ,lebih-lebih lagi di akhirat . there is no words to describe how special you are ;)

selamat berjuang .. sahabat :')







rindu menyapa tanpa diundang ,
kasih terjalin tanpa dipaksa,
walau kita tidak bertentang ,
ukhwah ini mekar sentiasa .

walau di mana anda berada , utara selatan timur barat , oversean, overland , dan serata dunia ini , percayalah rezeki itu Allah tetapkan .in sha Allah baik untuk kita dan baik untuk semua ..bertebaranlah di atas muka bumi Allah yang sangat luas ini .








4 comments:

Unknown said...

Bi ! good luck na~~ :D
take care..makan elok2 nanti >.<

Unknown said...

tumpang tanya.syimuq berlajaq dekat mana?

Unknown said...

ainsyaaaaaaa !!! slamat bjaya <3
aq kurus laa nnt tak makannn ;/

Unknown said...

owhh..syi muq. katanya dapat usim jgak tp dya nak p mtriks .. wallahua'lam ..

Post a Comment