Monday 17 December 2012

UJIAN

ASSALAMUALAIKUM.
selawat dan salam buat junjungan nabi Muhammad s.a.w ,ahli keluarga baginda , sahabat dan umat islam sekalian . semoga sihat di bawah payung rahmat Allah s.w.t


pernah tak berhadapan dengan musibah ? ujian ?
mestilah pernah kan ...soalan ponnn..hehe..tak...sebenarnya entry kali ni nak crita sikit pasal ujian..
kalau Allah kenakan ujian untuk hambanya yang beriman itu bermaksud Allah kasih dan cinta pada hambanya itu ..contohnya kematian orang tercinta , kelaparan ,kemiskinan dan macam-macam lagi... tapi kan kalau ujian yang Allah turunkan untuk hambanya yang ingkar , derhaka itu maksudnya itu bala daripada Allah..Allah marah dengan mereka..contohnya banyak berlaku pada zaman nabi-nabi terdahulu. 

Nabi ajar pada umatnya satu doa semasa kita di timpa musibah . semua familiar dengan doa ni..apa dia ???
"innalillahiwainnailaihiroji'un"...haaa...insyaAllah semua tahu.ayat itu bermaksud.."sesungguhnya pada Allah jualah kita dikembalikan".

selain itu ada satu lagi doa yang berbunyi "YA ALLAH SEMOGA MUSIBAH YANG MELANDA INI MENDATANGKAN PAHALA UNTUKKU DAN SEMOGA AKAN ADA YANG TERBAIK SELEPAS MUSIBAH INI"...hemmm..senangkan nak ingat . allah dengar doa seseorang hamba walau dalam bahasa apa sekalipun =)


haa.cerita pasal musibah ini ada satu cerita yang kita boleh kaitkan .
kenal tak UMMU SALAMAH ? siapakah ? hehe..beliau ialah isteri nabi..tapi kan sebelum beliau menjadi isteri nabi,beliau ialah isteri kepada ABU SALAMAH .

sebelum abu salamah meninggal , abu salamah ada titipkan satu doa kepada isterinya . doa tersebut ialah doa yang diajarkan oleh NABI kepadanya...doa yang di atas tadi :-)

selepas kematian suaminya,UMMU SALAMAH sangat sedihh..tapi dia terus berdoa dengan doa yang diajarkan oleh suaminya..tapi dalam dia berdoa pon..terdetik juga dalam hatinya siapa yang lebih baik daripada suaminya..tak mungkin ada pengganti suaminya..TAPII...dia tak pernah berhenti berdoa.

Akhirnya.Allah memakbulkan doanya supaya memberikan yang terbaikk selepas musibah yang melanda ke atas dirinya..nak tauu Allah bagi apa ?

Tak lama lepas tuu ,UMMU SALAMAH menerima lamaran daripada RASULULLAH S.A.W..masyaAllah ..sangat terbaikkkk.kan ? kan ?


alhamdulillah..entry kali nih dah sampai ke penghujungnya..hehe..
semoga adalah manfaat daripada entry kali nih..ingatlah..setiap ujian itu ada hikmahnya..insyaAllah.
****sekian****
jazakallahukhairankasiran..maaf a'lakullihal..
-moga allah redha-

0 comments:

Post a Comment