Sunday 16 December 2012

TERIMALAH .

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

"alahhh..sembang kemass..ang pon sama jgakk...2x5. tak payah la nak bagi tazkirah kat sini."
pernah tak kita terkeluar kata-kata macam ni ? tak payah heboh-heboh..jawab ja dalam hati :-)
ermmm..

bila sesorang yang dikatakan kurang warak hendak menegur seseorang yang yang agak pandai dalam agama ni ,teguran tu dibiarkan terus berlalu macam angin..terbang membawa diri..atau sampah..yang pantas masuk dalam tongnya..patutkah ?

bukankah lagi bagus kalau kita timbang dulu pendapat atau teguran orang yang tegur kita..fikir dulu baik-baik..mungkin ada benarnya..betulnya..baiknya.. kan ?
ni takk..kadang-kadang ,kita suka "judge" orang . nampak macam "biase jeeee"..tak payah layan"...haaaa ..tu laa salah kita.


kita ni bukan manusia "maksum"...ada salah silap . mesti ada punya laa..bohong laa kalau ada orang cakap yang dia suci daripada dosa.cuma yang membezakan kita sejauh mana kita insaf + taubat dengan salah silap kita.

Seorang wali Allah, Sheikh Abdul Kadir al-Jailani pon pernah terima teguran daripada seorang ketua perompak. Ketua perompak itu menegur Sheikh Abdul Kadir untuk memperingati semua ilmu-ilmu yang diperolehinya bukannya bergantung kepada buku.
 Peristiwa itu berlaku semasa buku-buku Sheikh Abdul Kadir al-Jailaini dirampas dalam satu perjalanan menimba ilmu. 
Sejak itu, beliau terus menghafal setiap ilmu yang diperolehinya.

Tidak kira kita siapa, teguran mesti diterima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Percayalah, setiap teguran ada hikmahnya. Lihatlah teguran seorang perompak kepada seorang wali. Bagaimana teguran seorang perompak mampu mengubah 360 darjah cara pembelajaran seorang wali Allah. Itulah hikmahnya wahai sahabat sekalian .

0 comments:

Post a Comment